Spam dan Scam

Assalamualaikum

Sarah baru faham apa itu spam dan scam.Jom tengok perbezaannya..

Spam
Spam ialah email / electronic spam yang dikirimkan namun tidak dikehendaki oleh si penerima.Biasanya isinya adalah iklan2,dan di hantar berulang kali.

Beberapa contoh lain dari spam, iaitu post berulang kali di laman sesawang berisi iklan, pesanan ringkas (SMS) pada handphone,spam dalam suatu forum,promosi barang yang tidak berkaitan dengan kegiatan kelompok tersebut.

sekarang ni terlalu banyak penipuan di internet..so berhati-hati

Scam
Scam ialah  berita elektronik dalam internet yang berunsur penipuan,sehingga pengirimnya akan mendapat manfaat dan keuntungan tertentu.

Contoh scam paling banyak ialah jual beli secara online.sarah pun dah pernah terkena..;(

nota lidi:jangan jadi scammer ye...

Kenapa Sarah tak da atok dan nenek

Assalamualaikum


Banyak blog cerita tentang cuiti raya haji.Ramai yang balik kampung.Jumpa sedara,atok nenek.Tiba-tiba Sarah rasa sedih sangat sebab Sarah takda atok,nenek.Secara realitinya mesti la ada,kalau tak mana datang ibu ayah Sarah kan,tapi tok,wan sebelah ibu dengan ayah..meninggal sebelom Sarah lahir lagi.Ibu Sarah masa umur belasan tahun,dia dibesarkan oleh keluarga angkat..jadi Sarah ada tok dan wan angkat.

Sarah ni kira cucu angkat je la.Diorang ada ramai anak.Cucu diorang pun ramai..jadi selama Sarah hidup,Sarah tak pernah ingat diorang pernah pegang rambut Sarah ke,tangan ke,bahu ke..Sarah selalu di beza-bezakan dengan cucu diorang yang lain.Kalau masa kecil dulu,masa raya semua adik beradik berkumpul dekat rumah tok..makcik-makcik Sarah selalu bezakan dengan anak diorang.Sarah sedih sangat..kenapa Sarah ni macam tak wujud.Kenapa cucu diorang yang lain di layan tak sama macam Sarah.Bila Sarah dah besar,baru Sarah tau,Ibu Sarah anak angkat je.Takpelah,Sarah tak kisah

Diorang hanya nak peduli hal Sarah kalau nampak Sarah ada buat kesalahan je.Bukannya diorang marah sebab buat benda tak betul,tapi diorang guna masa tu untuk kutuk,pandang serong..lepas tu diorang akan bezakan dengan anak diorang yang 'baik' tu.Bila tiba anak diorang pulak buat hal,tak da sape pun bercakap..makcik-makcik yang lain pun diam.
Sejak kecil lagi sarah rasa Sarah ada rasa dendam dekat hati ni.Dendam Sarah ni bukannya apa sangat,Sarah cuma tak mau bercampur dengan diorang lagi..Lebih baik Sarah buat hal sendiri.Sarah takmau ada kaitan dengan diorang.Sumpah,tok dan wan tak pernah sayangkan Sarah pun.Dari kecil pun Sarah dah tak pernah harap diorang pegang tangan Sarah ke,cakap sayang ke,usap kepala ke...memang takkan dapat.Sarah faham...Sarah bukan cucu kandung.

Hari ini dan sebelum ini pun..perasaan dendam tu dah lama hilang..Kadang-kadang rasa bersalah sebab pernah ada perasaan macam tu..Macam mana pun diorang,Ibu Sarah pernah tinggal dengan diorang,pernah di jaga sampai dewasa.

Tak pe lah..Sarah takda kasih sayang nenek atau atok..tapi Sarah ada kasih sayang Ibu ayah. :) Kasih sayang diorang dah cukup untuk Sarah.

nota lidi:kalau lah tok dan wan sebelah ayah ada lagi..


Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim

Assalamualaikum
Selamat hari raya Aidil adha...Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.Jom kita hayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
nota lidi:Apa yang Sarah dah korbankan untuk Allah s.w.t selama hidup ini? 

Perbezaan antara Ram dan Hard disk


Assalamualaikum


Ramai orang yang keliru dengn perbezaan memori (memory/RAM) dengan storage (Hard disk). Ok, untuk lebih jelas lagi kita gunakan meja dan kabinet di pejabat sebagai metafora.

Kabinet adalah hard disk dimana kita simpan semua file-file pejabat yang kita perlukan. Bila kita ke pejabat kita akan ambil file yang kita nak guna sahaja dan letak atas meja, jadi senang kita nak rujuk file-file tu. Meja itu adalah seperti Memori (RAM) kepada komputer dimana ia memudahkan kita.

Jadi dengan perumpaan kat atas td, bayangkan tanpa meja, kita nak kena ambil file dari kabinet dan letak balik kat situ, mungkin boleh buat kita pengsan dengan beratus-ratus atau ribuan file yang ada dalam kabinet tu.

Lagi satu, bila dah siap kerja, pejabat tutup semua file akan disimpan balik ataupun dibuang, samalah juga dengan ram bila dah turn off komputer tiada lagi data dalam simpananya.(konsong), tetapi data dalam hard disk samada turn off atau turn on takkan berubah.

credit:lepak pc

Memey masih teruna..

Assalamualaikum
Jom kenal dengan si memey!

Muka ganas,tapi penakut

Nama sebenar: Comel 
Nama samaran: Shamemey
Nama manja: memey
Nama time kena marah: gemok!

Memey dan adiknya keyo.Dulu baik..sekarang tak leh bertembung mesti nak gaduh

Usia:1 tahun lebih
Adik beradik:2 orang,anak sulung

memey suka membulatkan dirinya dengan duduk dalam pasu beberapa jam

Status:Masih teruna
Hobi: Membuat bising,tidur,cari binatang kecil untuk di buat mainan


si memey selalu tidur macam ni ye

Makanan kegemaran:pro diet,ayam,daging
Minuman kegemaran:air masak,kadang-kadang air paip:)

Lu tengok wa pehal? Lu mau rasa wa punya kuku?puih!

Jenayah berat: Secara tidak sengaja mencakar dan membenamkan kuku sampai nampak isi yang dalam dekat  kaki/peha tuannya.(Nak leraikan diorang bergaduh..last2 Sarah yang kena.Dua hari tak dapat jalan sebab kecederaan yang teruk ok! Dua belah kaki pulak tu..Pedih yang teramat.Terima kaseh sangat memey!)

Ada yang nak buat menantu?

Jenayah ringan: Kencing dalam bilik,cakar sofa sampai koyak rabak,suka memanjat kaki bila tuannnya nak keluar dari rumah,tampar muka adiknya kalau bertembung.

Sayang sangat dekat memey! jangan gado-gado ngan keyo la!..adik beradik tak boleh gaduh..Nanti mama bagi bini tau.hehehe

Budak kecik ke budak besar?

 Assalamualaikum


Awal tahun 2000..Lepas isya' macam tu la..ada sorang budak kecik ni baru je lepas di tepekkan bedak sejuk oleh ibunya.Ayah dia pun siap-siap jugak.Berbaju melayu berkain pelikat..Ibu dia pun siap berbaju kurung.Ish nak pergi mana pulak ni.Dia pun di pakaikan baju kurung.
Nak pergi mana malam-malam macam ni..jalan kaki je?Tak sampai lima minit diorang sampai dekat tempay yang hendak di tuju tu..Dalam kampung je..tapi pakai baju macam nak pergi kenduri pulak.

Budak kecik yang hanya membontoti ayah dan ibunya terpinga-pinga melihat ramai orang di perkarangan masjid kampungnya itu.Kebanyakkannya berjubah,berserban..yang perempuanNampak putih je semua pakaian diorang.Ada pentas kecil,lampu-lampu bulat dekat sekeliling khemah.Persembahan ape ye.

Lepas sorang pakcik tu berucap,muncul sorang pakcik lagi.Berjubah dan berkopiah.Orang kampung semua tepuk tangan..Punya la panjang berjela pakcik berjubah cakap,sepatah haram budak kecik tu tak faham.Budak kecik tu hanya faham b***,S****,P******!! ye,pakcik berjubah tu pot pet pot pet lepas tu mencarut! ish! Ait... ibu dia tak marah pun pakcik tu..kalau dia yang tercakap b***,Ibu dia tampar mulut.Ibu cakap tak baik mencarut.Pakcik ni cakap,Ibu tak marah pulak..siap gelak-gelak agi..Orang kampung dia pun sama..siap tepuk-tepuk tangan...Budak kecik ni rasa mengantuk..pot pet je..ingat ada persembahan ape..

Taknak vote bole?

Lima bulan selepas itu..sekali lagi Ibu ayah budak kecik tu siap-siap macam nak pergi kenduri.Budak kecik pun di pakaikan baju raya tahun lepas.Cantik dia hari tu.Bertocang dua lagi.Kali ni bukan berjalan kaki,tetapi  naik motor kapcai ayahnya..Hampir 15 minit sampai di pekan.Ramainya orang.Polis kat tepi jalan pun banyak.Ada orang jahat ke kat sini.Budak kecik tu kalau nampak polis,dia akan ingat ada penjahat kat kawasan yang sama.

Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.Budak kecik tu nampak berwarna-warni baju orang yang datang.Ada yang berbaju kurung,berkebaya..Yang lelaki berkemeja.Oleh kerana terlalu ramai..ibu dan ayah duduk di belakang sekali.Budak kecik tu dah tau kejap lagi pakcik yang berbaju batik dekat atas pentas akan berucap.Adoi.. ngantuk lagi la dia.Budak kecik tu tengok,pakcik tu berucap takda pun mencarut macam yang dulu tu.Kadang-kadang dia terjerit-jerit..lepas tu semua orang bersorak..ish ape la pakcik ni cakap.Budak kecik tu malas nak peduli.Dia hanya fikir,bila nak balik...

i'm big girl :)

Tiga belas tahun berlalu,Budak kecik tadi dah besar! Sekarang dia dah faham apa yang berlaku di sekelilingnya.Dia juga dah tahu siapa pakcik-pakcik tadi.Sekarang dia di dedahkan dengan kumpulan-kumpulan pakcik tadi.Dia juga di kehendaki untuk memilih salah satu dari mereka.Malangnya....dia tak tahu nak buat pilihan.Jadi budak itu ambil keputusan dengan takmau memilih!
Bersalah kah dia?berdosa kah dia?Bagi dia,dia ikut sahaja siapa pun..Adakah dia sudah jadi tidak bertanggungjawab?

Budak itu selalu mendengar,menonton tentang kumpulan-kumpulan mereka..Setiap pihak sentiasa ada macam-macam perkara buruk yang di ceritakan di media.Budak itu kadang-kadang tak tahu mana yang betul,mana yang salah..Jadi,biarlah orang lain yang menentukan..Adakah budak itu seperti lalang?Perlu kah dia memilih?

nota Lidi:Budak kecik senang..tak perlu fikir hal macam ni..kan!

Sarah pernah merokok?

Assalamualaikum

Masa zaman sekolah..di akhir-akhir nak exam,sekolah Sarah dengan beberapa sekolah dekat utara buat aktiviti berkhemah dekat kedah.Aktiviti ini khas untuk calon spm sahaja.Sarah dengan lima kawan baik pun join la sebab memang dah wajib.Salah seorang kawan sarah ni hisap rokok tau.

Sepanjang hari pertama tu,memang sesi kenal-kenal dengan budak-budak sekolah lain.Kawan Sarah yang smoking ni kan,bila ada masa je,dia sembunyi-sembunyi hisap rokok..Kawan Sarah yang dua orang lagi pun terikut-ikut dengan dia.Alasan diorang,tension.Tinggal lah..Sarah dengan sorang lagi yang tak ikut perilaku diorang tu..heeeee

Esoknya,masa waktu rehat,Sarah tercari-cari la kawan-kawan Sarah.Rupa-rupanya..diorang semua tengah smoking dekat bilik termasuk lah yang sorang lagi tu.hmmm ape hal la diorang ni.Best sangat ke hisap rokok ni.Akhirnya..Sarah pun nak cuba.
Sarah ingat lagi,rokok jenama Dunhill.Memang teruk rasa asap masuk ke dalam badan.Terbatukbatuk,sampai esoknya sakit tekak.
Tiga hari Sarah sembunyi-sembunyi hisap rokok tapi tak kerap macam kawan Sarah yang sorang tu..Balik dari aktiviti tu,kawan Sarah ada hulurkan rokok,tapi Sarah tolak..Sarah tak rasa langsung nak buat lagi sebab menyakitkan diri je pun.

Kiranya Sarah hanya merokok selama tiga hari sahaja.Sarah dah rasa perasaan hisap rokok tu.Tak best langsung! Asap berkepul-kepul masuk dalam badan lepas tu sakit tekak!Mulut pun berbau..eeeeee....Kawan Sarah yang tiga orang lagi tu pun tak hisap dah lepas balik dari aktiviti sekolah tu.Sarah rasa diorang pun saja je..Masa tu,rasa cool la konon,rasa cambest je smoking depan budak lelaki..padahal bila fikir balik,ish teruknya perempuan sopan macam Sarah ni berkelakuan sebegitu!puih! Tak sesuai langsung kan.

Pengaruh kawan memang besar dalam kehidupan kita.Nak ikut dengan tak nak je.Semua atas diri sendiri.Jangan salahkan orang lain kalau terjadi hal buruk di kemudian hari.

Nota lidi: jangan buat benda lagha and no smoking! :)

Blog guna samsung galaxy tab ok ke?

Assalamualaikum
Sarah dah guna samsung galaxy tab 2(10.1) ni dah dekat sebulan lebih...Baru hari ni Sarah guna untuk blog.Sebelum ni Sarah memang guna laptop,tapi sejak kena keluar selalu Sarah terpaksa beli tab...sebab senang sikit nak bawak.Sarah guna tab ni sebab hal kerja je.

Kalau nak update blog guna tab,rasanya ada perbezaan sikit la dari laptop.Apa yang perlu tahu ialah:
1.Lebih senang update blog menggunakan aplikasi "bloggeroid" daripada compose guna browser internet.
2.Mungkin agak leceh guna touch screen dari keybord.Sarah taip sekarang guna dua belah tangan bajet macam keybord laptop.laju je.hheheh
3.Kalau nak set2 gambar pun mungkin leceh sikit(untuk sesetengah orang).Sarah selalu edit,kecilkan saiz gambar baru la masukkan dalam blog.Jangan risau banyak aplikasi untuk edit gambar..kena rajin sikit la.
4.Nak warnakan tulisan pun Sarah tak tahu lagi..tapi tak menjadi masalah besar kot.


Sarah tak rasa nak guna tab untuk update blog selalu,sebab rasa banyak yang tak complete.Kalau kat luar rumah,pergi jalan-jalan ke,baru tab jadi pilihan.
Nak buat entry yang tak panjang dan yang biasa-biasa bolehlah guna tab.Apa pun memang berbaloi beli tab ni..boleh buat kerja kat mana-mana je...bubye

posted from Bloggeroid

Senggugut Sekunder


Assalamualaikum
Warning..entry 18sx :P

Satu hari Sarah terlantar je semalam.Sakit ape lagi..sakit perempuan la..period ok! Sarah bukan nak cerita hal yang memalukan..nanti ada pulak yang cakap hal period pun nak cerita ke??ok faham..tapi Sarah nak cerita hal period yang mungkin ada yang masih tak tahu.Bukan semua orang jadi macam Sarah ok.Dalam 100 perempuan,yang mengalami senggugut sekunder mungkin hanya 6 hingga 7 orang.


Senggugut terbahagi kepada dua iaitu:

Senggugut Primer (Berlaku pada hampir semua perempuan)
Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.Senggugut primer akan  beransur kurang apabila wanita itu mencecah usia matang sekitar 20-an dan kebiasaannya selepas berkahwin dan mengandung, senggugut primer akan bertambah baik dan kadangkala hilang sama sekali. 
Gejala:rasa senak,sakit pinggang,mual

Senggugut Sekunder(Hanya beberapa orang)
Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid, maka ia akan terus membesar dan merebak. Ini menyebabkan senggugut yang semakin serius setiap tahun.
Gejala:Sakit perut yang melampau,muntah,cirit-birit,kadang kala pengsan

Masa zaman sekolah dulu,setiap bulan sarah mesti masuk bilik sakit.Cikgu-cikgu dah tau dah muka Sarah ni je yang asyik masuk bilik tu.Kawan-kawan perempuan semua tau..yang lelaki tak tau kot.Diorang ingat Sarah ni sakit perut je.hehe..




Apa yang Sarah rasa?

Mula-mula Sarah akan rasa pedih dekat perut.Rasa macam kayu yang berduri di jolok-jolok ke dalam.Pedih yang teramat.Memang meraung-raung la.Nangis tak yah cakap..rumah sebelah pun boleh dengar.Lepas tu..Sarah akan muntah-muntah.Tekak ni rasa mual.Peluh keluar macam berjoging tau! kaki akan jadi sejuk..Sarah tak boleh bangun langsung sebab sakit giler.Sarah hanya mampu baring ,meraung sambil tekan perut.Semua ni berlanjutan sampai 5 hingga 6 jam sampai lah Sarah tertidur dengan sendiri.Lama kan Sarah terpaksa rasa sakit?Kiranya kalau sakit dari pagi..dekat malam baru sakit tu hilang.Itu pun lepas Sarah dah bangun dari tidur.Selagi tak tidur,selagi tu sakit tak hilang.Nak tunggu tertidur tu yang siksa..kena bertahan lebih 5 jam.. ;(

Di sebabkan hal ini, Sarah tak berani nak kerja dengan orang,takut nanti datang sakit,Sarah blah macam tu je.Dulu pernah la kerja sekejap dengan orang sebelum dapat resault spm kan.Sarah lari balik sebab dah tak tahan.Habis,takkan Sarah nak berguling-guling kat tempat kerja.

Kadang-kadang ada yang tak faham.Diorang ingat Sarah ni mengada-ngada.Ya Allah..sakit tu bukan boleh di buat-buat.Macam mana nak bertahan kalau rasa mencucuk-cucuk perut  ni tanpa henti.Boleh ke buat tak tahu?Yang merasa ni tau la.Family dengan kawan baik Sarah je faham.
Ibu Sarah cakap nanti kalau dah kahwin,dah takkan rasa teruk sangat.

Sarah hanya makan ubat yang Sarah beli dekat farmasi.Kadang-kadang berkesan.Memang seronok sangat bila tak rasa sakit langsung.Alhamdullilah sekarang dah tak macam dulu.Kalau ada pun setahun 2 hingga 3 kali je yang rasa teruk macam semalam.Ada yang cakap kalau ssenggugut sekunder ni sukar hamil..Apa pun tu semua kuasa Tuhan..

Nota lidi:harap-harap bulan depan tak sakit... :)








Kenapa bertudung


Assalamualaikum

Ada yang tanya kenapa dah pakai tudung?Tiba-tiba je pakai...Dah bertaubat?dah insaf?Atau dah nak kahwin? Ait????

Sebenarnya Sarah baru tersedar..selama ni tak sedar ke or pura-pura tak sedar? Umur makin berusia,sampai bila nak kumpul dosa.Setiap hari ada je dosa yang Sarah sendiri tak sedar,yang kita sedar ni takkan nak pejam mata..Jadi di sebabkan itu lah,Sarah mula tutup aurat.

Sampai sekarang,hari ini..Sarah rasa aman,rasa selamat sangat..Perasaan selamat tu,macam..bila nak buat sesuatu,Sarah akan berfikir dulu.Selalunya keputusannya pasti positif.Kalau dulu nak buat apa pun,tak pernah fikir panjang..Last2 apa yang di buat tak menjadi atau menjadi buruk pada diri sendiri

Kalau dulu dekat facebook,perghh ramai nye nak ngorat-ngorat.Bila on je chat,dekat 30 yang im.Sekarang bila dah buang gambar-gambar dulu,tinggal gambar biji mato je ha...takde dah orang nak sembang-sembang.Perasan kan?kihkih.Alhamdullillah terhindar dari maksiat :)

Banyak lagi sebenarnya perbezaan dulu dan sekarang,tapi dah tak larat dah ni ha.Cerita banyak-banyak nanti jadi takbur pulak.ish!
Apa pun Sarah bersyukur sangat.. keluarga,kawan Sarah takda yang
kondem.Walaupun ada jugak yang mengata Sarah...takpelah Sarah tak kisah.

Sarah bukan dah baik sangat bila dah bertudung ni..tapi dari bertutup aurat lah Sarah mula nak berlajar hal agama yang Sarah sendiri dah lupa nak buat..

Nota lidi : baik atau jahat,Dia yang menentukan...


Jom minum susu Anlene,untuk tulang yang kuat

Assalamualaikum
Sarah dah minum susu Anlene ni dah lebih setahun.Sebelum ni,bila Sarah tido..tulang dekat belakang mesti berbunyi..''krak'..hee...kadang-kadang bangun dari duduk bersila,lutut pun bunyi.Takda la rasa sakit sangat,tapi Sarah boleh rasa tulang 'lari'.Tulang Sarah dah reput ke??Baru umur awal 20an dah macam ni,kalau 50 tahun? ish ish! Jadi masa sekarang la kena jaga tulang kita dengan betul.Jom minum Anlene!!


Fakta
1.Tulang manusia empat kali lebih kuat dari konkrit
2.Tulang memperbaharui sel nya sepuluh tahun sekali
3.Satu dari tiga wanita dan satu dari lima lelaki akan mengalami masalah osteoporosis setelah umur lima puluh tahun.



Kajian menunjukkan wanita yang minum dua gelas sehari susu Anlene,dapat menjaga kekuatan tulang dalam masa empat minggu.


Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang menjadi rapuh


Anlene mempunyai dua pilihan umur iaitu 19-50 tahun dan 51 tahun ke atas.
Anlene juga ada perisa coklat dan creamy.. nyum nyum

Sarah minum yang ini.

Selain daripada minum Anlene untuk tulang yang kuat,kita juga boleh mendapatkn kekuatan tulang daripada:

1.Nutrisi dalam makanan seperti kalsium dan vitamin D.Susu merupakan sumber paling bagus untuk mendapatkan protin,zink dan magnesium.

2.Tulang akan bertambah kuat apabila kita melakukan senaman seperti,berjalan,berlari,menari dan menaiki tangga.

3.Elakkan merokok dan minum minuman beralkohol yang boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh.

Jom hidup sihat! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...