entry pemalas ;)


Assalamualaikum...
 Selamat Hari Raya maaf zahir Batin
belum terlambat lagi kan.. Baru taya ke empat. :)


Sepupu Sarah

jemput datang rumah

ps/ dah balik ke klang

Buat malu je tau!

Semua orang ada perasaan malu.Macam-macam jenis malu ada kat dalam diri seseorang tu.Kalau benda yang memalukan?Ha! Sarah ada 3 keadaan yang memalukan yang Sarah ingat sampai sekarang..

3.Masa ni jalan-jalan dekat Kl.Sarah terkejar-kejar train masa tu.Memang dah lewat la..Shopping sampai nak dekat malam..Sambil berlari-lari anak tu,Sarah nampak betul-betul depan sarah,ada seorang lelaki pegang cawan plastik putih,duduk tepi jalan..

Sarah terus cepat-cepat keluarkan syiling dari poket seluar.Sampai je depan lelaki tu,Sarah terus letak syiling dalam cawan dia pegang tu.Baru je dua langkah Sarah jalan...

Lelaki: Dik oh dik..Kenapa bagi syiling ni?
Sarah: ha?urm..
Lelaki:Saya bukan peminta sedekah dik oi
Sarah:ha?erm sorry soryy..
Dengan sepantas kilat,Sarah jalan cepat-cepat..Sarah dapat dengar kawan-kawan dia gelakkan dia.Baru perasan,manusia-manusia yang lain tu kawan dia.Cawan putih tu yang isi jagung yang selalu orang jual.Sarah rasa malu campur bersalah..Sarah tak da niat nak buat dia rasa terhina ke apa,tapi Sarah nampak dia punya act macam nak minta sedekah..Dengan baju dia yang compang camping sambil pegang cawan.,siap melepak dekat lantai lagi...Maafkan Sarah...

2.Masa study dulu,Sarah ada ikut rombongan ke Taman negara Pahang.Kami melawat perkampungan orang asli.Pertama kali la Sarah tengok orang asli.Masa tu,ada yang ambik gambar,sembang-sembang dengan diorang..Sarah dengan kawan-kawan pun ambil gambar diorang jugak.Bila dah rasa penat,Sarah terus pergi dekat kawan Sarah..

sambil peluk pinggang 'kawan'(perempuan memang macam ni,peluk-peluk ;P) Sarah tu kan...

Sarah; weh,tak sangka an,ada lagi orang hidup macam ni..Aku rasa cam tak caya je,diorang tinggal dalam umah cam ni..tak da tv,takda ape pun..muka betul-betul macam orang afrika yang kat dalam tv tu kan.
'kawan' Sarah tu,diam je..cakap pun tak,diam kaku je.

Sarah terus rebahkan kepala Sarah dekat bahu 'kawan' tu.Kiranya sambil peluk pinggang,sambil kepala kat bahu(sekali lagi,perempuan memang macam ni:) 
Sarah:Aku dah penat la..ada air tak ha?
Sambil paling tengok 'kawan' Sarah.
Sarah: Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!! 
Lari laju-laju..Nampak kawan Sarah yang sebenar...Sarah sembunyi belakang dia.Pejam mata rapat-rapat.Lepastu Sarah intai tengok 'kawan' tu.Dia tengah gelak macam orang gila.Kawan-kawan dia pun gelak macam tak ingat dunia! puih!
Yang bestnya dia lelaki! Apa punya 'kero' la Sarah ni.Semua orang masa tu pakai baju putih.Memang sarah tak perasan langsung.Patut la Sarah rasa 'kawan' Sarah tu kurus je.Peluk pinggang dia,rasa tulang.Rupanya lelaki! ceh! punya la rasa tebal muka ni.Malu teramat!


1.Hari birthday Sarah 3tahun lepas paling memalukan.Sarah baru balik dari kelas tambahan.Sampai je dekat rumah..

Sarah: Bu............. Assalamualaikum.....bu!!!
Takda orang pun kat rumah.Sarah baling beg atas sofa sambil....

proooooootttttttttttttt... 
Ye! Sarah kentut! kahkahkah! Loud and clear...Terus Sarah baring..

Tiba-tiba Sarah dengar ada orang gelak dekat dapur.Sarah ingat adik.Tiba-tiba..

Happy birthday to u...Happy birthday to Sarah...
Sarah lari sembunyi belakang sofa.Terkejut campur malu campur nak potong kepala simpan dalam peti sejuk!
Dekat 20 orang dengar Sarah kentut! Sedara,setengah kelas semua nya asyik buat bunyi kentut! wajjaq!
Memang sangat memalukan..Lelaki yang Sarah admire pun dengar jugak..huuuuuuu jatuh saham...Sampai diorang balik,muka Sarah ni rasa tebal je..Memang lepas tu,Sarah dah larang Ibu buat suprise macam tu dah. :)

Rasanya memang takkan lupa semua ni..Sampai sekarang pun,lelaki yang Sarah peluk tu,kalau terserempak je..mesti dia angkat-angkat kening.Sarah buat macam tak kenal je.hahaha cover malu.Kalau hal birthday tu,Sarah rasa diorang pun takkan lupa.Ada jugak yang usik Sarah lagi.Sarah cakap je..'ko rindu kentut aku kan?'.heeeeeeeee 




Motif cari hantu?


Assalamualaikum...
Seronoknya...dah nak seminggu balik kampung..Happy nya kat kampung..meriah! :)
Makan sedap-sedap...main bunga api..Terawih ramai-ramai...mana nak dapat?Dekat tempat lain pun boleh dapat..tapi tak sama dengan  keluarga sendiri kan..

Ok lah..Dah di ketahui umum,Sarah obses dengan movie horror..drama ke ape ke..memang wajib tengok.Tapi ada satu je,yang sarah kurang berminat nak tengok,walaupun ianya berkaitan dengan horror,lebih senang cerita yang menyeramkan lah..

Pengkaji paranormal! atau Seekers! Betul ke diorang di panggil nama ni?Sarah tak tahu lah..Yang Sarah tahu..4,5 orang yang pergi cari hantu atau aktiviti paranormal.

awak cari saya ke?

Apa yang Sarah kurang suka dengan diorang ni.ialah...diorang ni Pelik! Bukan nya penemuan yang diorang dapat,yang Sarah tak suka,(tak percaya pun) tetapi..perangai diorang!

Ceritanya begini...
Kononnya nak cari hantu..jadi,ramai-ramai cari lokasi yang 'berhantu'.Dengan berbekalkan alatan-alatan yang dapat mengesan hantu,mereka ini menjadi semakin berkobar-kobar nak dapatkan 'sesuatu'.Di suatu ketika..tiba-tiba terdengar la bunyi-bunyi yang menyeramkan.Di suatu sudut,muncul lembaga yang merangkak di tepi dinding.
Apa lagi,
Habis semua lari lintang-pukang!Dah tak da nya nak toleh belakang.! 
AIT!!!!BUKAN NAK CARI HANTU KE?

Dekat sini yang Sarah pelik.Ramai-ramai datang nak cari hantu.Ha,dia dah datang pun.Apa lagi?interview la..
Terjerit-jerit pulak.Ko nak sangat jumpa..bila dah datang,ko lari. Propa je ko ni kan..

Cuba tanya.. 'cik hantu berasal dari mana?'
'Kenapa hantu kan,kalau muka je mesti rambut serabai,ada taring..mata merah..yang paling sinonim dengan cik hantu ni kan..rambut mesti panjang mengurai.boleh terangkan?'
Kalau macam ni,mesti boleh interview kan :)

ha....kan?Tapi semua lari.Yang konon-konon nak jadi sukarelawan pun lari.Apa motif korang ye?Cari hantu dan lari! hahahhaahah...Dah takut dengan hantu tu,buat apa nak pergi cari makhluk tu?Tak faham....tak faham....

Pendapat Sarah la kan..Tak payah la cari hantu ,jin ni.Nak bukti kan ape pakcik,kakak oiii...Habis kuat,lari sambil jerit je...kalau boleh buat interview sambil photoshoot takpe gak..
Yang sedihnya ada yang menipu untuk kaut keuntungan.Kesian ada yang percaya tipu helah diorang ni.Buat la aktiviti yang lebih berfaedah..Aktiviti cari hantu dan lari ni tak dapat apa pun..

ps/jom buat aktiviti tolong buat moreh :)

Roti canai cicak

Dingin je pagi tadi.dalam pukul empat,Sarah dengan sepupu-sepupu bersahur di luar.Tak jauh pun dari rumah..jalan kaki je.Semua dah teringin nak makan roti canai.

Kawasan klang ni memang banyak kedai mamak.Ada yang buka 24 jam,ada yang sampai pukul 2 pagi.Sepupu Sarah semua nak pergi kedai mamak yang satu ni.Memang ramai orang.Meja dekat luar semua penuh..jadi kami terpaksa la duduk dalam kedai.

Meja kami duduk,betul-betul dekat dengan tempat buat roti canai.Bau roti canai pun dah buat tekak Sarah ni telan air liur.Lepas dah order,kami pun tunggu la pesanan sampai.

Sepupu-sepupu Sarah sibuk cerita tentang drama 7 Ramadhan dekat tv3.Sarah dengar-dengar je..mata Sarah seronok tengok perkerja dia tebar roti.perghhhh....berpusing-pusing..mata sarah pun berpusing! 

Tiba-tiba Sarah ternampak dua makhluk berekor merangkak beriringan dekat kaca di atas periuk kuah roti canai.Dan 'plup' terus jatuh dalam periuk.Yang seekor lagi masih kaku dekat situ.Sarah dah cuak gila!

Sarah : weh,cicak masuk dalam periuk tu!
Sepupu 1 : mana? mana?
Sepupu 2 : ish ko ni merepek ah.
Sarah : adoi betol la.aku nampak.tu ada sekor lagi..ait dah tak da...



Ada seorang pekerja lain, datang cedok kuah nak letak dalam mangkuk.Sarah terus bangun pergi dekat pekerja tu.

Sarah : nanti!
Sepupu-sepupu Sarah semua dah melopong.Meja sebelah kami pun tengok dengan terkejut beruk!hahhaha.. yela Sarah cakap dengan kuat.

Sarah bisik pelan-pelan dekat pekerja mamak tu.

Sarah : saya nampak cicak jatuh dalam.
Pekerja : ha?cicak?mana ada adik.ayooo saya tak nampak pun.(sambil kacau-kacau kuah)

Tiba-tiba cicak tu lompat dari dalam kuah! Hidup lagi..Pekerja tu dah terbeliak mata dah.Terus dia senduk dalam mangkuk bawa terus ke belakang kedai.Sarah tak tahu ada orang lain nampak ke tak.Pekerja tu datang balik dan angkat periuk ke belakang kedai.

Sepupu-sepupu Sarah semua dah bangun.Semua dah tak ada selera.Kami berjalan balik ke rumah Sarah.Semua diam.hahahhaha..Tak tahu la pekerja dia tu dah tukar dengan kuah lain atau guna yang tu jugak.Yela,dah nampak kami takda.ish! tak baik perasangka buruk kat orang

Sampai di rumah,Ibu tengah siapkan makanan nak bersahur..Sedapnya bau asam pedas Ibu masak..

Ibu: eh awal balik.Sedap ke roti canai mamak korang tu?
Sarah: Bu...nasi de lagi ak?makan kat rumah je la
Sepupu 1 : Mak ngah masak lagi sedap la mak ngah..
Sepupu 2: betol-betol :)
puih!

Hadiah untuk Ibu di hari raya


Ibu Sarah seorang wanita yang sangat sayang kan barang-barang yang di belinya.Bermakna,kalau dah ada satu barang tu,Ibu akan guna sampai dah tak boleh pakai.Biar la buruk pun,takkan Ibu nak beli yang baru.Contoh dapur masak.Ingat-ingat Sarah la kan,dapur masak tu dari zaman Sarah baby.Bayangkan punya la oldschool nya..Tepi-tepi tu dah terhakis.



Bukannya Ibu tak mampu beli yang baru,tapi Ibu sayang sangat,sebab dah berabad bakti dapur tu.ceh!Yang lebih tragik kan,dapur sebelah tu,api tak boleh jadi besar..kira hidup segan,mati takmau lah!hahaha..Tu pun,Ibu relax je guna lagi.

Jadi nak di jadikan cerita,anaknya perempuan sorang ni,berniat nak belikan dapur yang baru.Misi ni nak buat sebelum seminggu Raya.Duit pun dah kumpul hasil titik peluh sendiri :)Alhamdulillah.. Tinggal sikit lagi je.

Selalu anak-anak orang lain hadiahkan Ibu tersayang dengan rantai emas,gelang..macam-macam lagi la yang mahal kan.Sarah dapur masak!! kesah?

sarah nak pandai masak macam Ibu

Sarah sayang ibu.Biar la Ibu sentiasa ingat Sarah bila tengah masak.Lagipun,dapur masak takkan tergadai atau di ragut orang :P

ps:harap-harap dapat belikan

Baju raya terlampau


Raya tahun ni nak pakai baju style macam mana pulak ye?
Tahun lepas,warna oren.. tahun ni,nak warna kelabu pulak..
Tahun ni comfirm aku nak lebih dari peah.Kurang-kurang 10 pasang.

Mesti ramai yang ada fikir macam tu kan?hek..Sarah fikir tentang warna je :)

Masa Sarah kecik-kecik comel dulu kan,Ibu selalu buat kan baju raya 4 pasang.heeeee..Sepupu-sepupu sarah semua jelez.. ;) Yela dulu kita kan kecik je.Kain untuk orang dewasa,kita boleh buat sampai 2 pasang untuk budak-budak.Sebab itu boleh banyak.Lagi pun,ibu bapa selalu lebih seronok,melebih-lebih untuk anak diorang.

Bila dah besar ni..jangan harap la 4 pasang.Sarah 2 je.Itu pun dah banyak! tau kenapa?Baju 2,3,4,5 tahun lepas dulu tu ,Sarah hanya pakai sehari je.Sampai sekarang tersimpan dalam almari.Kiranya baju raya hanya di pakai untuk hari raya je.Pergi jalan-jalan,takdanya nak pakai baju kurung kan?. haish!

jangan membazir :)


Di sebabkan kesedaran yang melampau,raya tahun ini hanya sepasang baju sahaja.Raya kedua,ketiga,kalau pergi rumah sedara..Sarah akan pakai baju-baju lama yang masih elok.Dalam beberapa tahun ni,Sarah banyak membazir. Beli mahal-mahal..tapi pakai sehari je. ishhhhh..


Tak penting pun baju baru.Yang penting,ibadah puasa kita yang ikhlas,dan hari kemenangan kita di hari raya dengan memohon maaf dan memaafkan orang lain.Tenang jiwa.. ;)Bersyukur lah dapat menunaikan ibadah puasa lagi di tahun ini dengan keluarga tercinta.Amin.

ps/ tak sabar nak balik kampung minggu depan :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...