Assalamualaikum..
ok,tajuk pun dah boleh buat orang tertanya-tanya kan... haha..
Sarah ni asal orang utara.Memang banyak permainan yang sarah main masa kecik-kecik dulu.
Salah satunya Pelepung.Kalau orang utara mesti tau Pelepung tu pekebende :).orang Kl taktahu la..
Macam biasa dekat kampung ni dia ada musim jugak.Musim pelepung ni selalu yang perempuan takut sikit.Bukan ape,takut kena tembak.Sakit wehh..
Sarah takut sikit je,sebab Sarah memang suka main pelepung.
Mula-mula Sarah dengan adik cari buluh kecik dulu.Kena raut elok-elok.Lubang kena betul-betul ngam dengan peluru.Yang pasti bunyi,kena mantap,baru kawan yang lain rasa pelepung kita hebat..hahaha.
ehsan nenek gugel
Peluru pulak,kami ambik macam-macam buah.Antaranya cenerai,buah putat yang nak jadi bunga tu pun rembat.kalau dah takda sangat,kertas surat khabar pun boleh.Rendam dulu,lepastu cubit sikit,kepal-kepal bagi masuk dalam lubang.Tapi guna kertas ni leceh.yela,takkan nak gi bedil orang,nak bawak surat khabar tu kan.
ehsan nenek gugel
Sarah dulu,sekolah pagi.Balik je dari sekolah,makan jap..pastu terus pergi ngaji.Masa g ngaji dah standby pelepung kat tangan.Belum sampai tempat ngaji dah dengar bunyi pelepung.. Dalam hati dah takut kena tembak.Buat muka kesian,budak-budak lelaki tak kacau la.Tapi kawan Sarah selalu kena.Kesian ,sampai nangis dia.
Habis je ngaji,semua dah kumpul dekat padang belakang rumah Sarah.Dekat poket budak lelaki penuh dengan peluru.Sarah punya peluru letak dalam tudung.hehehe..Mula la tembak orang.Ada yang kena ada yang tak.Sembunyi dekat semak dengan pokok kelapa.Nampak je badan sape-sape,terus tembak:)Tak semua budak perempuan main pelepung ni.tak sesuai hee
besar sangat buluh ni.Sarah buat dulu kecik dan panjang baru bunyi sedap ;)
Dengar Azan Maghrib,semua terus lari balik rumah.Sampai dekat rumah mak terus tengking..
Emak-'awat ngan tangan kaki hang ni? Tu tudung tu kotoq habih!
Sarah-'main pelepung la mak.'
Emak-'baguih la,kena mata baru tau.jangan duk men dah lah'
Sarah-'tak kena la mak..'
Emak-'tak kena g,takpala'
Anak mak ni ketegaq..memang akan main jugak :) Paling teruk lebam dekat belakang badan je..pedehal.... ;P
No comments:
Post a Comment