Baju raya terlampau


Raya tahun ni nak pakai baju style macam mana pulak ye?
Tahun lepas,warna oren.. tahun ni,nak warna kelabu pulak..
Tahun ni comfirm aku nak lebih dari peah.Kurang-kurang 10 pasang.

Mesti ramai yang ada fikir macam tu kan?hek..Sarah fikir tentang warna je :)

Masa Sarah kecik-kecik comel dulu kan,Ibu selalu buat kan baju raya 4 pasang.heeeee..Sepupu-sepupu sarah semua jelez.. ;) Yela dulu kita kan kecik je.Kain untuk orang dewasa,kita boleh buat sampai 2 pasang untuk budak-budak.Sebab itu boleh banyak.Lagi pun,ibu bapa selalu lebih seronok,melebih-lebih untuk anak diorang.

Bila dah besar ni..jangan harap la 4 pasang.Sarah 2 je.Itu pun dah banyak! tau kenapa?Baju 2,3,4,5 tahun lepas dulu tu ,Sarah hanya pakai sehari je.Sampai sekarang tersimpan dalam almari.Kiranya baju raya hanya di pakai untuk hari raya je.Pergi jalan-jalan,takdanya nak pakai baju kurung kan?. haish!

jangan membazir :)


Di sebabkan kesedaran yang melampau,raya tahun ini hanya sepasang baju sahaja.Raya kedua,ketiga,kalau pergi rumah sedara..Sarah akan pakai baju-baju lama yang masih elok.Dalam beberapa tahun ni,Sarah banyak membazir. Beli mahal-mahal..tapi pakai sehari je. ishhhhh..


Tak penting pun baju baru.Yang penting,ibadah puasa kita yang ikhlas,dan hari kemenangan kita di hari raya dengan memohon maaf dan memaafkan orang lain.Tenang jiwa.. ;)Bersyukur lah dapat menunaikan ibadah puasa lagi di tahun ini dengan keluarga tercinta.Amin.

ps/ tak sabar nak balik kampung minggu depan :)




1 comment:

KOrdi said...

wow dah demam rayo~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...