Assalamualaikum...
Seronoknya...dah nak seminggu balik kampung..Happy nya kat kampung..meriah! :)
Makan sedap-sedap...main bunga api..Terawih ramai-ramai...mana nak dapat?Dekat tempat lain pun boleh dapat..tapi tak sama dengan keluarga sendiri kan..
Ok lah..Dah di ketahui umum,Sarah obses dengan movie horror..drama ke ape ke..memang wajib tengok.Tapi ada satu je,yang sarah kurang berminat nak tengok,walaupun ianya berkaitan dengan horror,lebih senang cerita yang menyeramkan lah..
Pengkaji paranormal! atau Seekers! Betul ke diorang di panggil nama ni?Sarah tak tahu lah..Yang Sarah tahu..4,5 orang yang pergi cari hantu atau aktiviti paranormal.
awak cari saya ke?
Apa yang Sarah kurang suka dengan diorang ni.ialah...diorang ni Pelik! Bukan nya penemuan yang diorang dapat,yang Sarah tak suka,(tak percaya pun) tetapi..perangai diorang!
Ceritanya begini...
Kononnya nak cari hantu..jadi,ramai-ramai cari lokasi yang 'berhantu'.Dengan berbekalkan alatan-alatan yang dapat mengesan hantu,mereka ini menjadi semakin berkobar-kobar nak dapatkan 'sesuatu'.Di suatu ketika..tiba-tiba terdengar la bunyi-bunyi yang menyeramkan.Di suatu sudut,muncul lembaga yang merangkak di tepi dinding.
Apa lagi,
Habis semua lari lintang-pukang!Dah tak da nya nak toleh belakang.!
AIT!!!!BUKAN NAK CARI HANTU KE?
Dekat sini yang Sarah pelik.Ramai-ramai datang nak cari hantu.Ha,dia dah datang pun.Apa lagi?interview la..
Terjerit-jerit pulak.Ko nak sangat jumpa..bila dah datang,ko lari. Propa je ko ni kan..
Cuba tanya.. 'cik hantu berasal dari mana?'
'Kenapa hantu kan,kalau muka je mesti rambut serabai,ada taring..mata merah..yang paling sinonim dengan cik hantu ni kan..rambut mesti panjang mengurai.boleh terangkan?'
Kalau macam ni,mesti boleh interview kan :)
ha....kan?Tapi semua lari.Yang konon-konon nak jadi sukarelawan pun lari.Apa motif korang ye?Cari hantu dan lari! hahahhaahah...Dah takut dengan hantu tu,buat apa nak pergi cari makhluk tu?Tak faham....tak faham....
Pendapat Sarah la kan..Tak payah la cari hantu ,jin ni.Nak bukti kan ape pakcik,kakak oiii...Habis kuat,lari sambil jerit je...kalau boleh buat interview sambil photoshoot takpe gak..
Yang sedihnya ada yang menipu untuk kaut keuntungan.Kesian ada yang percaya tipu helah diorang ni.Buat la aktiviti yang lebih berfaedah..Aktiviti cari hantu dan lari ni tak dapat apa pun..
ps/jom buat aktiviti tolong buat moreh :)
1 comment:
korn suka tgk cter hantu dr thailand.. sebab byk cerita dorg seram yg memang seram... meremang bulu roma..
Post a Comment