Buat malu je tau!

Semua orang ada perasaan malu.Macam-macam jenis malu ada kat dalam diri seseorang tu.Kalau benda yang memalukan?Ha! Sarah ada 3 keadaan yang memalukan yang Sarah ingat sampai sekarang..

3.Masa ni jalan-jalan dekat Kl.Sarah terkejar-kejar train masa tu.Memang dah lewat la..Shopping sampai nak dekat malam..Sambil berlari-lari anak tu,Sarah nampak betul-betul depan sarah,ada seorang lelaki pegang cawan plastik putih,duduk tepi jalan..

Sarah terus cepat-cepat keluarkan syiling dari poket seluar.Sampai je depan lelaki tu,Sarah terus letak syiling dalam cawan dia pegang tu.Baru je dua langkah Sarah jalan...

Lelaki: Dik oh dik..Kenapa bagi syiling ni?
Sarah: ha?urm..
Lelaki:Saya bukan peminta sedekah dik oi
Sarah:ha?erm sorry soryy..
Dengan sepantas kilat,Sarah jalan cepat-cepat..Sarah dapat dengar kawan-kawan dia gelakkan dia.Baru perasan,manusia-manusia yang lain tu kawan dia.Cawan putih tu yang isi jagung yang selalu orang jual.Sarah rasa malu campur bersalah..Sarah tak da niat nak buat dia rasa terhina ke apa,tapi Sarah nampak dia punya act macam nak minta sedekah..Dengan baju dia yang compang camping sambil pegang cawan.,siap melepak dekat lantai lagi...Maafkan Sarah...

2.Masa study dulu,Sarah ada ikut rombongan ke Taman negara Pahang.Kami melawat perkampungan orang asli.Pertama kali la Sarah tengok orang asli.Masa tu,ada yang ambik gambar,sembang-sembang dengan diorang..Sarah dengan kawan-kawan pun ambil gambar diorang jugak.Bila dah rasa penat,Sarah terus pergi dekat kawan Sarah..

sambil peluk pinggang 'kawan'(perempuan memang macam ni,peluk-peluk ;P) Sarah tu kan...

Sarah; weh,tak sangka an,ada lagi orang hidup macam ni..Aku rasa cam tak caya je,diorang tinggal dalam umah cam ni..tak da tv,takda ape pun..muka betul-betul macam orang afrika yang kat dalam tv tu kan.
'kawan' Sarah tu,diam je..cakap pun tak,diam kaku je.

Sarah terus rebahkan kepala Sarah dekat bahu 'kawan' tu.Kiranya sambil peluk pinggang,sambil kepala kat bahu(sekali lagi,perempuan memang macam ni:) 
Sarah:Aku dah penat la..ada air tak ha?
Sambil paling tengok 'kawan' Sarah.
Sarah: Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!! 
Lari laju-laju..Nampak kawan Sarah yang sebenar...Sarah sembunyi belakang dia.Pejam mata rapat-rapat.Lepastu Sarah intai tengok 'kawan' tu.Dia tengah gelak macam orang gila.Kawan-kawan dia pun gelak macam tak ingat dunia! puih!
Yang bestnya dia lelaki! Apa punya 'kero' la Sarah ni.Semua orang masa tu pakai baju putih.Memang sarah tak perasan langsung.Patut la Sarah rasa 'kawan' Sarah tu kurus je.Peluk pinggang dia,rasa tulang.Rupanya lelaki! ceh! punya la rasa tebal muka ni.Malu teramat!


1.Hari birthday Sarah 3tahun lepas paling memalukan.Sarah baru balik dari kelas tambahan.Sampai je dekat rumah..

Sarah: Bu............. Assalamualaikum.....bu!!!
Takda orang pun kat rumah.Sarah baling beg atas sofa sambil....

proooooootttttttttttttt... 
Ye! Sarah kentut! kahkahkah! Loud and clear...Terus Sarah baring..

Tiba-tiba Sarah dengar ada orang gelak dekat dapur.Sarah ingat adik.Tiba-tiba..

Happy birthday to u...Happy birthday to Sarah...
Sarah lari sembunyi belakang sofa.Terkejut campur malu campur nak potong kepala simpan dalam peti sejuk!
Dekat 20 orang dengar Sarah kentut! Sedara,setengah kelas semua nya asyik buat bunyi kentut! wajjaq!
Memang sangat memalukan..Lelaki yang Sarah admire pun dengar jugak..huuuuuuu jatuh saham...Sampai diorang balik,muka Sarah ni rasa tebal je..Memang lepas tu,Sarah dah larang Ibu buat suprise macam tu dah. :)

Rasanya memang takkan lupa semua ni..Sampai sekarang pun,lelaki yang Sarah peluk tu,kalau terserempak je..mesti dia angkat-angkat kening.Sarah buat macam tak kenal je.hahaha cover malu.Kalau hal birthday tu,Sarah rasa diorang pun takkan lupa.Ada jugak yang usik Sarah lagi.Sarah cakap je..'ko rindu kentut aku kan?'.heeeeeeeee 




2 comments:

wawaroxx said...

hahaha. kesian org yg pegang cawan jagung tuh. hee, jln2 follow kawan baru :)

ManusiaLidi said...

yer sian..mesti die bengang
.heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...