Spam dan Scam

Assalamualaikum

Sarah baru faham apa itu spam dan scam.Jom tengok perbezaannya..

Spam
Spam ialah email / electronic spam yang dikirimkan namun tidak dikehendaki oleh si penerima.Biasanya isinya adalah iklan2,dan di hantar berulang kali.

Beberapa contoh lain dari spam, iaitu post berulang kali di laman sesawang berisi iklan, pesanan ringkas (SMS) pada handphone,spam dalam suatu forum,promosi barang yang tidak berkaitan dengan kegiatan kelompok tersebut.

sekarang ni terlalu banyak penipuan di internet..so berhati-hati

Scam
Scam ialah  berita elektronik dalam internet yang berunsur penipuan,sehingga pengirimnya akan mendapat manfaat dan keuntungan tertentu.

Contoh scam paling banyak ialah jual beli secara online.sarah pun dah pernah terkena..;(

nota lidi:jangan jadi scammer ye...

Kenapa Sarah tak da atok dan nenek

Assalamualaikum


Banyak blog cerita tentang cuiti raya haji.Ramai yang balik kampung.Jumpa sedara,atok nenek.Tiba-tiba Sarah rasa sedih sangat sebab Sarah takda atok,nenek.Secara realitinya mesti la ada,kalau tak mana datang ibu ayah Sarah kan,tapi tok,wan sebelah ibu dengan ayah..meninggal sebelom Sarah lahir lagi.Ibu Sarah masa umur belasan tahun,dia dibesarkan oleh keluarga angkat..jadi Sarah ada tok dan wan angkat.

Sarah ni kira cucu angkat je la.Diorang ada ramai anak.Cucu diorang pun ramai..jadi selama Sarah hidup,Sarah tak pernah ingat diorang pernah pegang rambut Sarah ke,tangan ke,bahu ke..Sarah selalu di beza-bezakan dengan cucu diorang yang lain.Kalau masa kecil dulu,masa raya semua adik beradik berkumpul dekat rumah tok..makcik-makcik Sarah selalu bezakan dengan anak diorang.Sarah sedih sangat..kenapa Sarah ni macam tak wujud.Kenapa cucu diorang yang lain di layan tak sama macam Sarah.Bila Sarah dah besar,baru Sarah tau,Ibu Sarah anak angkat je.Takpelah,Sarah tak kisah

Diorang hanya nak peduli hal Sarah kalau nampak Sarah ada buat kesalahan je.Bukannya diorang marah sebab buat benda tak betul,tapi diorang guna masa tu untuk kutuk,pandang serong..lepas tu diorang akan bezakan dengan anak diorang yang 'baik' tu.Bila tiba anak diorang pulak buat hal,tak da sape pun bercakap..makcik-makcik yang lain pun diam.
Sejak kecil lagi sarah rasa Sarah ada rasa dendam dekat hati ni.Dendam Sarah ni bukannya apa sangat,Sarah cuma tak mau bercampur dengan diorang lagi..Lebih baik Sarah buat hal sendiri.Sarah takmau ada kaitan dengan diorang.Sumpah,tok dan wan tak pernah sayangkan Sarah pun.Dari kecil pun Sarah dah tak pernah harap diorang pegang tangan Sarah ke,cakap sayang ke,usap kepala ke...memang takkan dapat.Sarah faham...Sarah bukan cucu kandung.

Hari ini dan sebelum ini pun..perasaan dendam tu dah lama hilang..Kadang-kadang rasa bersalah sebab pernah ada perasaan macam tu..Macam mana pun diorang,Ibu Sarah pernah tinggal dengan diorang,pernah di jaga sampai dewasa.

Tak pe lah..Sarah takda kasih sayang nenek atau atok..tapi Sarah ada kasih sayang Ibu ayah. :) Kasih sayang diorang dah cukup untuk Sarah.

nota lidi:kalau lah tok dan wan sebelah ayah ada lagi..


Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim

Assalamualaikum
Selamat hari raya Aidil adha...Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.Jom kita hayati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
nota lidi:Apa yang Sarah dah korbankan untuk Allah s.w.t selama hidup ini? 

Perbezaan antara Ram dan Hard disk


Assalamualaikum


Ramai orang yang keliru dengn perbezaan memori (memory/RAM) dengan storage (Hard disk). Ok, untuk lebih jelas lagi kita gunakan meja dan kabinet di pejabat sebagai metafora.

Kabinet adalah hard disk dimana kita simpan semua file-file pejabat yang kita perlukan. Bila kita ke pejabat kita akan ambil file yang kita nak guna sahaja dan letak atas meja, jadi senang kita nak rujuk file-file tu. Meja itu adalah seperti Memori (RAM) kepada komputer dimana ia memudahkan kita.

Jadi dengan perumpaan kat atas td, bayangkan tanpa meja, kita nak kena ambil file dari kabinet dan letak balik kat situ, mungkin boleh buat kita pengsan dengan beratus-ratus atau ribuan file yang ada dalam kabinet tu.

Lagi satu, bila dah siap kerja, pejabat tutup semua file akan disimpan balik ataupun dibuang, samalah juga dengan ram bila dah turn off komputer tiada lagi data dalam simpananya.(konsong), tetapi data dalam hard disk samada turn off atau turn on takkan berubah.

credit:lepak pc

Memey masih teruna..

Assalamualaikum
Jom kenal dengan si memey!

Muka ganas,tapi penakut

Nama sebenar: Comel 
Nama samaran: Shamemey
Nama manja: memey
Nama time kena marah: gemok!

Memey dan adiknya keyo.Dulu baik..sekarang tak leh bertembung mesti nak gaduh

Usia:1 tahun lebih
Adik beradik:2 orang,anak sulung

memey suka membulatkan dirinya dengan duduk dalam pasu beberapa jam

Status:Masih teruna
Hobi: Membuat bising,tidur,cari binatang kecil untuk di buat mainan


si memey selalu tidur macam ni ye

Makanan kegemaran:pro diet,ayam,daging
Minuman kegemaran:air masak,kadang-kadang air paip:)

Lu tengok wa pehal? Lu mau rasa wa punya kuku?puih!

Jenayah berat: Secara tidak sengaja mencakar dan membenamkan kuku sampai nampak isi yang dalam dekat  kaki/peha tuannya.(Nak leraikan diorang bergaduh..last2 Sarah yang kena.Dua hari tak dapat jalan sebab kecederaan yang teruk ok! Dua belah kaki pulak tu..Pedih yang teramat.Terima kaseh sangat memey!)

Ada yang nak buat menantu?

Jenayah ringan: Kencing dalam bilik,cakar sofa sampai koyak rabak,suka memanjat kaki bila tuannnya nak keluar dari rumah,tampar muka adiknya kalau bertembung.

Sayang sangat dekat memey! jangan gado-gado ngan keyo la!..adik beradik tak boleh gaduh..Nanti mama bagi bini tau.hehehe

Budak kecik ke budak besar?

 Assalamualaikum


Awal tahun 2000..Lepas isya' macam tu la..ada sorang budak kecik ni baru je lepas di tepekkan bedak sejuk oleh ibunya.Ayah dia pun siap-siap jugak.Berbaju melayu berkain pelikat..Ibu dia pun siap berbaju kurung.Ish nak pergi mana pulak ni.Dia pun di pakaikan baju kurung.
Nak pergi mana malam-malam macam ni..jalan kaki je?Tak sampai lima minit diorang sampai dekat tempay yang hendak di tuju tu..Dalam kampung je..tapi pakai baju macam nak pergi kenduri pulak.

Budak kecik yang hanya membontoti ayah dan ibunya terpinga-pinga melihat ramai orang di perkarangan masjid kampungnya itu.Kebanyakkannya berjubah,berserban..yang perempuanNampak putih je semua pakaian diorang.Ada pentas kecil,lampu-lampu bulat dekat sekeliling khemah.Persembahan ape ye.

Lepas sorang pakcik tu berucap,muncul sorang pakcik lagi.Berjubah dan berkopiah.Orang kampung semua tepuk tangan..Punya la panjang berjela pakcik berjubah cakap,sepatah haram budak kecik tu tak faham.Budak kecik tu hanya faham b***,S****,P******!! ye,pakcik berjubah tu pot pet pot pet lepas tu mencarut! ish! Ait... ibu dia tak marah pun pakcik tu..kalau dia yang tercakap b***,Ibu dia tampar mulut.Ibu cakap tak baik mencarut.Pakcik ni cakap,Ibu tak marah pulak..siap gelak-gelak agi..Orang kampung dia pun sama..siap tepuk-tepuk tangan...Budak kecik ni rasa mengantuk..pot pet je..ingat ada persembahan ape..

Taknak vote bole?

Lima bulan selepas itu..sekali lagi Ibu ayah budak kecik tu siap-siap macam nak pergi kenduri.Budak kecik pun di pakaikan baju raya tahun lepas.Cantik dia hari tu.Bertocang dua lagi.Kali ni bukan berjalan kaki,tetapi  naik motor kapcai ayahnya..Hampir 15 minit sampai di pekan.Ramainya orang.Polis kat tepi jalan pun banyak.Ada orang jahat ke kat sini.Budak kecik tu kalau nampak polis,dia akan ingat ada penjahat kat kawasan yang sama.

Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam dewan.Budak kecik tu nampak berwarna-warni baju orang yang datang.Ada yang berbaju kurung,berkebaya..Yang lelaki berkemeja.Oleh kerana terlalu ramai..ibu dan ayah duduk di belakang sekali.Budak kecik tu dah tau kejap lagi pakcik yang berbaju batik dekat atas pentas akan berucap.Adoi.. ngantuk lagi la dia.Budak kecik tu tengok,pakcik tu berucap takda pun mencarut macam yang dulu tu.Kadang-kadang dia terjerit-jerit..lepas tu semua orang bersorak..ish ape la pakcik ni cakap.Budak kecik tu malas nak peduli.Dia hanya fikir,bila nak balik...

i'm big girl :)

Tiga belas tahun berlalu,Budak kecik tadi dah besar! Sekarang dia dah faham apa yang berlaku di sekelilingnya.Dia juga dah tahu siapa pakcik-pakcik tadi.Sekarang dia di dedahkan dengan kumpulan-kumpulan pakcik tadi.Dia juga di kehendaki untuk memilih salah satu dari mereka.Malangnya....dia tak tahu nak buat pilihan.Jadi budak itu ambil keputusan dengan takmau memilih!
Bersalah kah dia?berdosa kah dia?Bagi dia,dia ikut sahaja siapa pun..Adakah dia sudah jadi tidak bertanggungjawab?

Budak itu selalu mendengar,menonton tentang kumpulan-kumpulan mereka..Setiap pihak sentiasa ada macam-macam perkara buruk yang di ceritakan di media.Budak itu kadang-kadang tak tahu mana yang betul,mana yang salah..Jadi,biarlah orang lain yang menentukan..Adakah budak itu seperti lalang?Perlu kah dia memilih?

nota Lidi:Budak kecik senang..tak perlu fikir hal macam ni..kan!

Sarah pernah merokok?

Assalamualaikum

Masa zaman sekolah..di akhir-akhir nak exam,sekolah Sarah dengan beberapa sekolah dekat utara buat aktiviti berkhemah dekat kedah.Aktiviti ini khas untuk calon spm sahaja.Sarah dengan lima kawan baik pun join la sebab memang dah wajib.Salah seorang kawan sarah ni hisap rokok tau.

Sepanjang hari pertama tu,memang sesi kenal-kenal dengan budak-budak sekolah lain.Kawan Sarah yang smoking ni kan,bila ada masa je,dia sembunyi-sembunyi hisap rokok..Kawan Sarah yang dua orang lagi pun terikut-ikut dengan dia.Alasan diorang,tension.Tinggal lah..Sarah dengan sorang lagi yang tak ikut perilaku diorang tu..heeeee

Esoknya,masa waktu rehat,Sarah tercari-cari la kawan-kawan Sarah.Rupa-rupanya..diorang semua tengah smoking dekat bilik termasuk lah yang sorang lagi tu.hmmm ape hal la diorang ni.Best sangat ke hisap rokok ni.Akhirnya..Sarah pun nak cuba.
Sarah ingat lagi,rokok jenama Dunhill.Memang teruk rasa asap masuk ke dalam badan.Terbatukbatuk,sampai esoknya sakit tekak.
Tiga hari Sarah sembunyi-sembunyi hisap rokok tapi tak kerap macam kawan Sarah yang sorang tu..Balik dari aktiviti tu,kawan Sarah ada hulurkan rokok,tapi Sarah tolak..Sarah tak rasa langsung nak buat lagi sebab menyakitkan diri je pun.

Kiranya Sarah hanya merokok selama tiga hari sahaja.Sarah dah rasa perasaan hisap rokok tu.Tak best langsung! Asap berkepul-kepul masuk dalam badan lepas tu sakit tekak!Mulut pun berbau..eeeeee....Kawan Sarah yang tiga orang lagi tu pun tak hisap dah lepas balik dari aktiviti sekolah tu.Sarah rasa diorang pun saja je..Masa tu,rasa cool la konon,rasa cambest je smoking depan budak lelaki..padahal bila fikir balik,ish teruknya perempuan sopan macam Sarah ni berkelakuan sebegitu!puih! Tak sesuai langsung kan.

Pengaruh kawan memang besar dalam kehidupan kita.Nak ikut dengan tak nak je.Semua atas diri sendiri.Jangan salahkan orang lain kalau terjadi hal buruk di kemudian hari.

Nota lidi: jangan buat benda lagha and no smoking! :)

Blog guna samsung galaxy tab ok ke?

Assalamualaikum
Sarah dah guna samsung galaxy tab 2(10.1) ni dah dekat sebulan lebih...Baru hari ni Sarah guna untuk blog.Sebelum ni Sarah memang guna laptop,tapi sejak kena keluar selalu Sarah terpaksa beli tab...sebab senang sikit nak bawak.Sarah guna tab ni sebab hal kerja je.

Kalau nak update blog guna tab,rasanya ada perbezaan sikit la dari laptop.Apa yang perlu tahu ialah:
1.Lebih senang update blog menggunakan aplikasi "bloggeroid" daripada compose guna browser internet.
2.Mungkin agak leceh guna touch screen dari keybord.Sarah taip sekarang guna dua belah tangan bajet macam keybord laptop.laju je.hheheh
3.Kalau nak set2 gambar pun mungkin leceh sikit(untuk sesetengah orang).Sarah selalu edit,kecilkan saiz gambar baru la masukkan dalam blog.Jangan risau banyak aplikasi untuk edit gambar..kena rajin sikit la.
4.Nak warnakan tulisan pun Sarah tak tahu lagi..tapi tak menjadi masalah besar kot.


Sarah tak rasa nak guna tab untuk update blog selalu,sebab rasa banyak yang tak complete.Kalau kat luar rumah,pergi jalan-jalan ke,baru tab jadi pilihan.
Nak buat entry yang tak panjang dan yang biasa-biasa bolehlah guna tab.Apa pun memang berbaloi beli tab ni..boleh buat kerja kat mana-mana je...bubye

posted from Bloggeroid

Senggugut Sekunder


Assalamualaikum
Warning..entry 18sx :P

Satu hari Sarah terlantar je semalam.Sakit ape lagi..sakit perempuan la..period ok! Sarah bukan nak cerita hal yang memalukan..nanti ada pulak yang cakap hal period pun nak cerita ke??ok faham..tapi Sarah nak cerita hal period yang mungkin ada yang masih tak tahu.Bukan semua orang jadi macam Sarah ok.Dalam 100 perempuan,yang mengalami senggugut sekunder mungkin hanya 6 hingga 7 orang.


Senggugut terbahagi kepada dua iaitu:

Senggugut Primer (Berlaku pada hampir semua perempuan)
Kesakitan senggugut primer ini disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin daripada dinding rahim secara berlebihan. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.Senggugut primer akan  beransur kurang apabila wanita itu mencecah usia matang sekitar 20-an dan kebiasaannya selepas berkahwin dan mengandung, senggugut primer akan bertambah baik dan kadangkala hilang sama sekali. 
Gejala:rasa senak,sakit pinggang,mual

Senggugut Sekunder(Hanya beberapa orang)
Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid, maka ia akan terus membesar dan merebak. Ini menyebabkan senggugut yang semakin serius setiap tahun.
Gejala:Sakit perut yang melampau,muntah,cirit-birit,kadang kala pengsan

Masa zaman sekolah dulu,setiap bulan sarah mesti masuk bilik sakit.Cikgu-cikgu dah tau dah muka Sarah ni je yang asyik masuk bilik tu.Kawan-kawan perempuan semua tau..yang lelaki tak tau kot.Diorang ingat Sarah ni sakit perut je.hehe..




Apa yang Sarah rasa?

Mula-mula Sarah akan rasa pedih dekat perut.Rasa macam kayu yang berduri di jolok-jolok ke dalam.Pedih yang teramat.Memang meraung-raung la.Nangis tak yah cakap..rumah sebelah pun boleh dengar.Lepas tu..Sarah akan muntah-muntah.Tekak ni rasa mual.Peluh keluar macam berjoging tau! kaki akan jadi sejuk..Sarah tak boleh bangun langsung sebab sakit giler.Sarah hanya mampu baring ,meraung sambil tekan perut.Semua ni berlanjutan sampai 5 hingga 6 jam sampai lah Sarah tertidur dengan sendiri.Lama kan Sarah terpaksa rasa sakit?Kiranya kalau sakit dari pagi..dekat malam baru sakit tu hilang.Itu pun lepas Sarah dah bangun dari tidur.Selagi tak tidur,selagi tu sakit tak hilang.Nak tunggu tertidur tu yang siksa..kena bertahan lebih 5 jam.. ;(

Di sebabkan hal ini, Sarah tak berani nak kerja dengan orang,takut nanti datang sakit,Sarah blah macam tu je.Dulu pernah la kerja sekejap dengan orang sebelum dapat resault spm kan.Sarah lari balik sebab dah tak tahan.Habis,takkan Sarah nak berguling-guling kat tempat kerja.

Kadang-kadang ada yang tak faham.Diorang ingat Sarah ni mengada-ngada.Ya Allah..sakit tu bukan boleh di buat-buat.Macam mana nak bertahan kalau rasa mencucuk-cucuk perut  ni tanpa henti.Boleh ke buat tak tahu?Yang merasa ni tau la.Family dengan kawan baik Sarah je faham.
Ibu Sarah cakap nanti kalau dah kahwin,dah takkan rasa teruk sangat.

Sarah hanya makan ubat yang Sarah beli dekat farmasi.Kadang-kadang berkesan.Memang seronok sangat bila tak rasa sakit langsung.Alhamdullilah sekarang dah tak macam dulu.Kalau ada pun setahun 2 hingga 3 kali je yang rasa teruk macam semalam.Ada yang cakap kalau ssenggugut sekunder ni sukar hamil..Apa pun tu semua kuasa Tuhan..

Nota lidi:harap-harap bulan depan tak sakit... :)








Kenapa bertudung


Assalamualaikum

Ada yang tanya kenapa dah pakai tudung?Tiba-tiba je pakai...Dah bertaubat?dah insaf?Atau dah nak kahwin? Ait????

Sebenarnya Sarah baru tersedar..selama ni tak sedar ke or pura-pura tak sedar? Umur makin berusia,sampai bila nak kumpul dosa.Setiap hari ada je dosa yang Sarah sendiri tak sedar,yang kita sedar ni takkan nak pejam mata..Jadi di sebabkan itu lah,Sarah mula tutup aurat.

Sampai sekarang,hari ini..Sarah rasa aman,rasa selamat sangat..Perasaan selamat tu,macam..bila nak buat sesuatu,Sarah akan berfikir dulu.Selalunya keputusannya pasti positif.Kalau dulu nak buat apa pun,tak pernah fikir panjang..Last2 apa yang di buat tak menjadi atau menjadi buruk pada diri sendiri

Kalau dulu dekat facebook,perghh ramai nye nak ngorat-ngorat.Bila on je chat,dekat 30 yang im.Sekarang bila dah buang gambar-gambar dulu,tinggal gambar biji mato je ha...takde dah orang nak sembang-sembang.Perasan kan?kihkih.Alhamdullillah terhindar dari maksiat :)

Banyak lagi sebenarnya perbezaan dulu dan sekarang,tapi dah tak larat dah ni ha.Cerita banyak-banyak nanti jadi takbur pulak.ish!
Apa pun Sarah bersyukur sangat.. keluarga,kawan Sarah takda yang
kondem.Walaupun ada jugak yang mengata Sarah...takpelah Sarah tak kisah.

Sarah bukan dah baik sangat bila dah bertudung ni..tapi dari bertutup aurat lah Sarah mula nak berlajar hal agama yang Sarah sendiri dah lupa nak buat..

Nota lidi : baik atau jahat,Dia yang menentukan...


Jom minum susu Anlene,untuk tulang yang kuat

Assalamualaikum
Sarah dah minum susu Anlene ni dah lebih setahun.Sebelum ni,bila Sarah tido..tulang dekat belakang mesti berbunyi..''krak'..hee...kadang-kadang bangun dari duduk bersila,lutut pun bunyi.Takda la rasa sakit sangat,tapi Sarah boleh rasa tulang 'lari'.Tulang Sarah dah reput ke??Baru umur awal 20an dah macam ni,kalau 50 tahun? ish ish! Jadi masa sekarang la kena jaga tulang kita dengan betul.Jom minum Anlene!!


Fakta
1.Tulang manusia empat kali lebih kuat dari konkrit
2.Tulang memperbaharui sel nya sepuluh tahun sekali
3.Satu dari tiga wanita dan satu dari lima lelaki akan mengalami masalah osteoporosis setelah umur lima puluh tahun.



Kajian menunjukkan wanita yang minum dua gelas sehari susu Anlene,dapat menjaga kekuatan tulang dalam masa empat minggu.


Kekurangan kalsium akan menyebabkan tulang menjadi rapuh


Anlene mempunyai dua pilihan umur iaitu 19-50 tahun dan 51 tahun ke atas.
Anlene juga ada perisa coklat dan creamy.. nyum nyum

Sarah minum yang ini.

Selain daripada minum Anlene untuk tulang yang kuat,kita juga boleh mendapatkn kekuatan tulang daripada:

1.Nutrisi dalam makanan seperti kalsium dan vitamin D.Susu merupakan sumber paling bagus untuk mendapatkan protin,zink dan magnesium.

2.Tulang akan bertambah kuat apabila kita melakukan senaman seperti,berjalan,berlari,menari dan menaiki tangga.

3.Elakkan merokok dan minum minuman beralkohol yang boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh.

Jom hidup sihat! :)



Baiki masalah the following plug-in has crashed

Assalamualaikum..


Satu hari tak dapat main game Farmille 2 memang menyakitkan hati.Loading macm biasa,tapi bila dah masuk ,terus stuck dan keluar dekat atas tu '' the following plug-in has crashed''.Yang peliknya game yang lain boleh je main.


selalu jadi macam ni?



Sarah godek-godek google,dapat la satu cara ni..Sekarang Sarah dah dapat main Farmville 2.! yea....



1.Buka tab baru..Dekat url tu tulis yang ni about:plugins .Keluar page macam di bawah.Klik 'Details' belah kanan atas dan akan jadi macam di bawah ni.





2.Pastikan Disable yang locationnya untuk google chrome ye.Bukan yang ke dua tu.


jadi macam ni.


3.Dah siap.Sekarang close semua tab chrome.Buka balik game .Dah boleh main!




Kalau ambil gambar kucing,nanti boleh mati.


Assalamualaikum

Seminggu yang lepas..Kami sekeluarga pulang beraya di kampung.Memang best lah.Jumpa sedara-sedara sebelah ayah.Raya ke dua pergi rumah Paklang.Dekat rumah Paklang banyak gile kucing.Sarah memang suka kucing..Jadi Sarah pun ambil gambar kucing-kucing comel tu guna empon cap gajah ni.
Tiba-tiba.....

Paklang: ''Sarah,jangan ambil gambar..nanti kucing mati!'' kata Paklang dengan penuh kerisauan :P
Sarah: ???

Macam mana pulak,kucing ni boleh mati?Sebenarnya dah selalu dah Sarah dengar...kalau ambil gambar kucing, nanti sebulan,dua bulan lepas tu kucing mati..Ibu sarah pun pernah cakap.Bila Sarah tanya balik macam mana boleh mati dengan hanya ambil gambar,takda jawapan pun yang keluar.. hurmmmm

pura-pura pengsan

Kenapa masih ada yang berfikir macam tu ye?Banyak gambar kucing-kucing Sarah dekat empon ni.Ada yang dah mati...ada yang masih sihat plus montok-montok lagi.

''Kucing aku kena langgar! Hari tu aku ada ambil gambar die ..isk
Agaknya betul la orang cakap,tak leh tangkap gambar kucing.Tengok!dah mati dah''

Ait! macam kena sumpahan pulak.Apa kena mengena ambil gambar dengan kena langar?Memang sumpahan ni.heeeee..

Purata hidup seekor kucing ialah 12 hingga 14 tahun..Macam manusia juga lah,ada yang meninggal awal,disebabkan kemalangan,sakit tenat dan macam-macam lagi.Apa pun semuanya ketentuan dari DIA.

Kucing tidak akan mati hanya disebabkan potret,gambarnya dirakam dan disimpan dalam empon,laptop,atau di bingkaikan.

Kita tidak di galakkan mengambil gambar kucing dengan menggunakan flash kerana, flash boleh menggangu degupan jantung.Cuba kita guna lampu stadium buat flash dekat muka kita..apa jadi?tak ke terkejut beruk nanti.Silau dah satu hal..pedih mata..rasa pening-pening lalat lagi.

i c uuuuuuuuuu..... grrrrr..rr..

Mata kucing bukan macam mata kita ye sayang..Mata kucing boleh menyerap cahaya 6 kali lebih kuat dari mata manusia.Sebab itu..kucing dapat melihat dalam gelap.Hebat kan?

Kalau kita ambil gambar guna flash,kucing memang akan rasa silau sebab mata kucing menerima serapan cahaya yang tinggi..degupan jantung bertambah laju..kucing akan menjadi takut buat seketika..Ini bukan bermakna kucing akan berkeadaan sedemikian sampai berhari-hari sehingga menemui ajal.Tidak! melainkan kita ambik gambar dia 10jam tanpa henti guna flash.Buat photosh0ot ala-ala model gitu.Memang kiok la kucing ko nanti!

Sarah ada terbaca,ambil gambar boleh mempercepatkan kematian kucing! aduh mana datang teori ni?Mungkin kebetulan,hari ni ambil gambar si comel,esok tiba-tiba dah mati! dah ajal dia...Tapi kalau sebulan lepas ambil gambar..hari ni kena langgar atau termakan racun..dikatakan penyebabnya ambil gambar.. memang Sarah namakan  ''Sumpahan Kamera!!'' :P

utamakan keselamatan kucing anda :)

Apa pun setiap benda yang hidup pasti akan mati.Cara dan bagaimana semuanya sudah tertulis.Jangan ambil gambar guna flash.Sekali mungkin ok,tapi kalau dalam satu masa sampai beribu klik guna flash..kucing tu pengsan nanti.Sila-silap boleh mati.Kucing taknak pun jadi model awak. :P

ps/ 2 tahun umur kucing, 28 tahun umur manusia.

entry pemalas ;)


Assalamualaikum...
 Selamat Hari Raya maaf zahir Batin
belum terlambat lagi kan.. Baru taya ke empat. :)


Sepupu Sarah

jemput datang rumah

ps/ dah balik ke klang

Buat malu je tau!

Semua orang ada perasaan malu.Macam-macam jenis malu ada kat dalam diri seseorang tu.Kalau benda yang memalukan?Ha! Sarah ada 3 keadaan yang memalukan yang Sarah ingat sampai sekarang..

3.Masa ni jalan-jalan dekat Kl.Sarah terkejar-kejar train masa tu.Memang dah lewat la..Shopping sampai nak dekat malam..Sambil berlari-lari anak tu,Sarah nampak betul-betul depan sarah,ada seorang lelaki pegang cawan plastik putih,duduk tepi jalan..

Sarah terus cepat-cepat keluarkan syiling dari poket seluar.Sampai je depan lelaki tu,Sarah terus letak syiling dalam cawan dia pegang tu.Baru je dua langkah Sarah jalan...

Lelaki: Dik oh dik..Kenapa bagi syiling ni?
Sarah: ha?urm..
Lelaki:Saya bukan peminta sedekah dik oi
Sarah:ha?erm sorry soryy..
Dengan sepantas kilat,Sarah jalan cepat-cepat..Sarah dapat dengar kawan-kawan dia gelakkan dia.Baru perasan,manusia-manusia yang lain tu kawan dia.Cawan putih tu yang isi jagung yang selalu orang jual.Sarah rasa malu campur bersalah..Sarah tak da niat nak buat dia rasa terhina ke apa,tapi Sarah nampak dia punya act macam nak minta sedekah..Dengan baju dia yang compang camping sambil pegang cawan.,siap melepak dekat lantai lagi...Maafkan Sarah...

2.Masa study dulu,Sarah ada ikut rombongan ke Taman negara Pahang.Kami melawat perkampungan orang asli.Pertama kali la Sarah tengok orang asli.Masa tu,ada yang ambik gambar,sembang-sembang dengan diorang..Sarah dengan kawan-kawan pun ambil gambar diorang jugak.Bila dah rasa penat,Sarah terus pergi dekat kawan Sarah..

sambil peluk pinggang 'kawan'(perempuan memang macam ni,peluk-peluk ;P) Sarah tu kan...

Sarah; weh,tak sangka an,ada lagi orang hidup macam ni..Aku rasa cam tak caya je,diorang tinggal dalam umah cam ni..tak da tv,takda ape pun..muka betul-betul macam orang afrika yang kat dalam tv tu kan.
'kawan' Sarah tu,diam je..cakap pun tak,diam kaku je.

Sarah terus rebahkan kepala Sarah dekat bahu 'kawan' tu.Kiranya sambil peluk pinggang,sambil kepala kat bahu(sekali lagi,perempuan memang macam ni:) 
Sarah:Aku dah penat la..ada air tak ha?
Sambil paling tengok 'kawan' Sarah.
Sarah: Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!! 
Lari laju-laju..Nampak kawan Sarah yang sebenar...Sarah sembunyi belakang dia.Pejam mata rapat-rapat.Lepastu Sarah intai tengok 'kawan' tu.Dia tengah gelak macam orang gila.Kawan-kawan dia pun gelak macam tak ingat dunia! puih!
Yang bestnya dia lelaki! Apa punya 'kero' la Sarah ni.Semua orang masa tu pakai baju putih.Memang sarah tak perasan langsung.Patut la Sarah rasa 'kawan' Sarah tu kurus je.Peluk pinggang dia,rasa tulang.Rupanya lelaki! ceh! punya la rasa tebal muka ni.Malu teramat!


1.Hari birthday Sarah 3tahun lepas paling memalukan.Sarah baru balik dari kelas tambahan.Sampai je dekat rumah..

Sarah: Bu............. Assalamualaikum.....bu!!!
Takda orang pun kat rumah.Sarah baling beg atas sofa sambil....

proooooootttttttttttttt... 
Ye! Sarah kentut! kahkahkah! Loud and clear...Terus Sarah baring..

Tiba-tiba Sarah dengar ada orang gelak dekat dapur.Sarah ingat adik.Tiba-tiba..

Happy birthday to u...Happy birthday to Sarah...
Sarah lari sembunyi belakang sofa.Terkejut campur malu campur nak potong kepala simpan dalam peti sejuk!
Dekat 20 orang dengar Sarah kentut! Sedara,setengah kelas semua nya asyik buat bunyi kentut! wajjaq!
Memang sangat memalukan..Lelaki yang Sarah admire pun dengar jugak..huuuuuuu jatuh saham...Sampai diorang balik,muka Sarah ni rasa tebal je..Memang lepas tu,Sarah dah larang Ibu buat suprise macam tu dah. :)

Rasanya memang takkan lupa semua ni..Sampai sekarang pun,lelaki yang Sarah peluk tu,kalau terserempak je..mesti dia angkat-angkat kening.Sarah buat macam tak kenal je.hahaha cover malu.Kalau hal birthday tu,Sarah rasa diorang pun takkan lupa.Ada jugak yang usik Sarah lagi.Sarah cakap je..'ko rindu kentut aku kan?'.heeeeeeeee 




Motif cari hantu?


Assalamualaikum...
Seronoknya...dah nak seminggu balik kampung..Happy nya kat kampung..meriah! :)
Makan sedap-sedap...main bunga api..Terawih ramai-ramai...mana nak dapat?Dekat tempat lain pun boleh dapat..tapi tak sama dengan  keluarga sendiri kan..

Ok lah..Dah di ketahui umum,Sarah obses dengan movie horror..drama ke ape ke..memang wajib tengok.Tapi ada satu je,yang sarah kurang berminat nak tengok,walaupun ianya berkaitan dengan horror,lebih senang cerita yang menyeramkan lah..

Pengkaji paranormal! atau Seekers! Betul ke diorang di panggil nama ni?Sarah tak tahu lah..Yang Sarah tahu..4,5 orang yang pergi cari hantu atau aktiviti paranormal.

awak cari saya ke?

Apa yang Sarah kurang suka dengan diorang ni.ialah...diorang ni Pelik! Bukan nya penemuan yang diorang dapat,yang Sarah tak suka,(tak percaya pun) tetapi..perangai diorang!

Ceritanya begini...
Kononnya nak cari hantu..jadi,ramai-ramai cari lokasi yang 'berhantu'.Dengan berbekalkan alatan-alatan yang dapat mengesan hantu,mereka ini menjadi semakin berkobar-kobar nak dapatkan 'sesuatu'.Di suatu ketika..tiba-tiba terdengar la bunyi-bunyi yang menyeramkan.Di suatu sudut,muncul lembaga yang merangkak di tepi dinding.
Apa lagi,
Habis semua lari lintang-pukang!Dah tak da nya nak toleh belakang.! 
AIT!!!!BUKAN NAK CARI HANTU KE?

Dekat sini yang Sarah pelik.Ramai-ramai datang nak cari hantu.Ha,dia dah datang pun.Apa lagi?interview la..
Terjerit-jerit pulak.Ko nak sangat jumpa..bila dah datang,ko lari. Propa je ko ni kan..

Cuba tanya.. 'cik hantu berasal dari mana?'
'Kenapa hantu kan,kalau muka je mesti rambut serabai,ada taring..mata merah..yang paling sinonim dengan cik hantu ni kan..rambut mesti panjang mengurai.boleh terangkan?'
Kalau macam ni,mesti boleh interview kan :)

ha....kan?Tapi semua lari.Yang konon-konon nak jadi sukarelawan pun lari.Apa motif korang ye?Cari hantu dan lari! hahahhaahah...Dah takut dengan hantu tu,buat apa nak pergi cari makhluk tu?Tak faham....tak faham....

Pendapat Sarah la kan..Tak payah la cari hantu ,jin ni.Nak bukti kan ape pakcik,kakak oiii...Habis kuat,lari sambil jerit je...kalau boleh buat interview sambil photoshoot takpe gak..
Yang sedihnya ada yang menipu untuk kaut keuntungan.Kesian ada yang percaya tipu helah diorang ni.Buat la aktiviti yang lebih berfaedah..Aktiviti cari hantu dan lari ni tak dapat apa pun..

ps/jom buat aktiviti tolong buat moreh :)

Roti canai cicak

Dingin je pagi tadi.dalam pukul empat,Sarah dengan sepupu-sepupu bersahur di luar.Tak jauh pun dari rumah..jalan kaki je.Semua dah teringin nak makan roti canai.

Kawasan klang ni memang banyak kedai mamak.Ada yang buka 24 jam,ada yang sampai pukul 2 pagi.Sepupu Sarah semua nak pergi kedai mamak yang satu ni.Memang ramai orang.Meja dekat luar semua penuh..jadi kami terpaksa la duduk dalam kedai.

Meja kami duduk,betul-betul dekat dengan tempat buat roti canai.Bau roti canai pun dah buat tekak Sarah ni telan air liur.Lepas dah order,kami pun tunggu la pesanan sampai.

Sepupu-sepupu Sarah sibuk cerita tentang drama 7 Ramadhan dekat tv3.Sarah dengar-dengar je..mata Sarah seronok tengok perkerja dia tebar roti.perghhhh....berpusing-pusing..mata sarah pun berpusing! 

Tiba-tiba Sarah ternampak dua makhluk berekor merangkak beriringan dekat kaca di atas periuk kuah roti canai.Dan 'plup' terus jatuh dalam periuk.Yang seekor lagi masih kaku dekat situ.Sarah dah cuak gila!

Sarah : weh,cicak masuk dalam periuk tu!
Sepupu 1 : mana? mana?
Sepupu 2 : ish ko ni merepek ah.
Sarah : adoi betol la.aku nampak.tu ada sekor lagi..ait dah tak da...



Ada seorang pekerja lain, datang cedok kuah nak letak dalam mangkuk.Sarah terus bangun pergi dekat pekerja tu.

Sarah : nanti!
Sepupu-sepupu Sarah semua dah melopong.Meja sebelah kami pun tengok dengan terkejut beruk!hahhaha.. yela Sarah cakap dengan kuat.

Sarah bisik pelan-pelan dekat pekerja mamak tu.

Sarah : saya nampak cicak jatuh dalam.
Pekerja : ha?cicak?mana ada adik.ayooo saya tak nampak pun.(sambil kacau-kacau kuah)

Tiba-tiba cicak tu lompat dari dalam kuah! Hidup lagi..Pekerja tu dah terbeliak mata dah.Terus dia senduk dalam mangkuk bawa terus ke belakang kedai.Sarah tak tahu ada orang lain nampak ke tak.Pekerja tu datang balik dan angkat periuk ke belakang kedai.

Sepupu-sepupu Sarah semua dah bangun.Semua dah tak ada selera.Kami berjalan balik ke rumah Sarah.Semua diam.hahahhaha..Tak tahu la pekerja dia tu dah tukar dengan kuah lain atau guna yang tu jugak.Yela,dah nampak kami takda.ish! tak baik perasangka buruk kat orang

Sampai di rumah,Ibu tengah siapkan makanan nak bersahur..Sedapnya bau asam pedas Ibu masak..

Ibu: eh awal balik.Sedap ke roti canai mamak korang tu?
Sarah: Bu...nasi de lagi ak?makan kat rumah je la
Sepupu 1 : Mak ngah masak lagi sedap la mak ngah..
Sepupu 2: betol-betol :)
puih!

Hadiah untuk Ibu di hari raya


Ibu Sarah seorang wanita yang sangat sayang kan barang-barang yang di belinya.Bermakna,kalau dah ada satu barang tu,Ibu akan guna sampai dah tak boleh pakai.Biar la buruk pun,takkan Ibu nak beli yang baru.Contoh dapur masak.Ingat-ingat Sarah la kan,dapur masak tu dari zaman Sarah baby.Bayangkan punya la oldschool nya..Tepi-tepi tu dah terhakis.



Bukannya Ibu tak mampu beli yang baru,tapi Ibu sayang sangat,sebab dah berabad bakti dapur tu.ceh!Yang lebih tragik kan,dapur sebelah tu,api tak boleh jadi besar..kira hidup segan,mati takmau lah!hahaha..Tu pun,Ibu relax je guna lagi.

Jadi nak di jadikan cerita,anaknya perempuan sorang ni,berniat nak belikan dapur yang baru.Misi ni nak buat sebelum seminggu Raya.Duit pun dah kumpul hasil titik peluh sendiri :)Alhamdulillah.. Tinggal sikit lagi je.

Selalu anak-anak orang lain hadiahkan Ibu tersayang dengan rantai emas,gelang..macam-macam lagi la yang mahal kan.Sarah dapur masak!! kesah?

sarah nak pandai masak macam Ibu

Sarah sayang ibu.Biar la Ibu sentiasa ingat Sarah bila tengah masak.Lagipun,dapur masak takkan tergadai atau di ragut orang :P

ps:harap-harap dapat belikan

Baju raya terlampau


Raya tahun ni nak pakai baju style macam mana pulak ye?
Tahun lepas,warna oren.. tahun ni,nak warna kelabu pulak..
Tahun ni comfirm aku nak lebih dari peah.Kurang-kurang 10 pasang.

Mesti ramai yang ada fikir macam tu kan?hek..Sarah fikir tentang warna je :)

Masa Sarah kecik-kecik comel dulu kan,Ibu selalu buat kan baju raya 4 pasang.heeeee..Sepupu-sepupu sarah semua jelez.. ;) Yela dulu kita kan kecik je.Kain untuk orang dewasa,kita boleh buat sampai 2 pasang untuk budak-budak.Sebab itu boleh banyak.Lagi pun,ibu bapa selalu lebih seronok,melebih-lebih untuk anak diorang.

Bila dah besar ni..jangan harap la 4 pasang.Sarah 2 je.Itu pun dah banyak! tau kenapa?Baju 2,3,4,5 tahun lepas dulu tu ,Sarah hanya pakai sehari je.Sampai sekarang tersimpan dalam almari.Kiranya baju raya hanya di pakai untuk hari raya je.Pergi jalan-jalan,takdanya nak pakai baju kurung kan?. haish!

jangan membazir :)


Di sebabkan kesedaran yang melampau,raya tahun ini hanya sepasang baju sahaja.Raya kedua,ketiga,kalau pergi rumah sedara..Sarah akan pakai baju-baju lama yang masih elok.Dalam beberapa tahun ni,Sarah banyak membazir. Beli mahal-mahal..tapi pakai sehari je. ishhhhh..


Tak penting pun baju baru.Yang penting,ibadah puasa kita yang ikhlas,dan hari kemenangan kita di hari raya dengan memohon maaf dan memaafkan orang lain.Tenang jiwa.. ;)Bersyukur lah dapat menunaikan ibadah puasa lagi di tahun ini dengan keluarga tercinta.Amin.

ps/ tak sabar nak balik kampung minggu depan :)




Roller coaster tiba-tiba berhenti,penumpang tersekat 2jam


California,seramai 12 orang yang sepatutnya happy naik roller coaster baru yang di beri nama,'superman'  menjadi panik secara tiba-tiba berhenti.

    'superman' tak hebat ni :P

Kejadian ini terjadi di taman hiburan di  Six Flags Discovery Kingdom di Vallejo, California, AS.Penumpang semua takda la cuba nak bangun nak panjat turun ke.Semuanya tunggu bantuan.

Sebelum mesin kembali berfungsi,bayangkan apa la yang dorang fikirkan.Sarah dah bayang cerita Final Destination dah..Ngerinya...Nasib baik semuanya selamat..

   yea..bantuan dah datang..

Di sebabkan perkara ini,'superman' terpaksa di berhentikan untuk seketika.Memang patut pun lah..Semua ni nak seronok-seronok..kang jadi bahaya kat diri sendiri.

ps: sarah tak berani naik roller coaster. :)




Game the ville yang osem :)

Selamat berpuasa ;)
Sekarang cuaca tak menentu.Sarah duduk di rumah je kalau cuaca panas sangat.Nanti cepat dahaga..Bosan-bosan kat rumah,Sarah main game.

Kalau yang minat main game di facebook,mesti tau game baru Zynga.. The Ville..

ni 'rumah' Sarah.Masih berselerak

The ville ni game yang sesuai untuk orang yang suka decorate rumah.Kita boleh ubah perabot-perabot dalam rumah kita tu.
Ada tugas-tugas yang tak membosankan.Memang best lah.
enjoy!

Padang berhantu

Rumah lama Sarah dulu di Utara Malaysia ni.Tinggal dekat kampung yang rata-rata penduduknya nelayan.Kiranya rumah Sarah ni dekat la dengan sungai dan laut.

Rumah sarah,rumah kampung biasa.Bawah batu,atas kayu.Kiri kanan banyak pokok nipah.Yang tak bestnya,bila dah masuk maghrib,nyamuk punya la banyak.Hari-hari ayah Sarah pasang ubat nyamuk.Kami pun tidur dalam kelambu. :)

Di belakang rumah sarah ada padang.Belakang padang tu hutan tebal.Dekat padang tu la,Sarah dengan kawan-kawan main macam-macam.
Padang ni memang padang serbaguna,antaranya tempat main bola sepak,sepak takraw,main wau,tuju kasut,main getah dan macam-macam lagi lah.Main meriam buluh pun dekat situ.haha..

Belakang rumah Sarah ni banyak jugak hutan..Tapi tak la tebal sangat.Kalau nak buat shortcut ke kampung sebelah boleh lah ikut hutan ni.Orang yang berani je bole lalu dekat hutan tu.

Banyak pokok yang besar-besar.Adik Sarah pernah kena sampuk.Masa tu dia demam.Tapi sibuk nak tengok Sarah dengan kawan-kawan main dekat padang.Dia duduk je sambil tengok kami main.lepastu dia asyik tengok pokok besar yang ada kat tepi tu.Balik je rumah asyik menangis cakap rumah kami ni tinggi.Dia takut nak jalan.Panggil sorang Ustaz tu,dia baca ape tah,dah ok dah.Lepas dah pulih,adik Sarah cerita,masa dekat padang dia nampak ada benda bergayut dekat pokok.Mata merah,badan besar.. padan muka!

Padang ni terbentuk dengan sendiri.Dikelilingi dengan pokok-pokok besar dan hutan.Rumput dekat padang ni cantik.Macam rumput karpet :) Sebab tu,kalau penat main,siap boleh guling-guling lagi kat atas rumput tu.

Masa malam,tak da yang berani pergi main dekat padang tu.Yela dah gelap sangat,nanti mula la cakap bentuk pokok pun dah macam bentuk makhluk lain ;P

Padang ni bukan la berhantu sebab ada hantu,tapi berhantu sebab budak-budak kampung memang suka main dekat situ.hahahhaaha...
Sekarang,sejak Sarah dah pindah,padang tu dah naik lalang.Tak da yang nak main dekat situ dah.Rumah lama Sarah pun dah roboh.

Ada kawan Sarah bagitahu,malam-malam dengar macam,budak-budak tengah main tuju kasut dekat situ.Dengar ketawa lah,dengar bunyi bola..eeeeeee....

ps/ mungkin 'ada sesuatu' yang sunyi ,lepas dah tak ada lagi budak-budak kampung main dekat situ(budak sekarang main ps3 :P)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...