Roti canai cicak

Dingin je pagi tadi.dalam pukul empat,Sarah dengan sepupu-sepupu bersahur di luar.Tak jauh pun dari rumah..jalan kaki je.Semua dah teringin nak makan roti canai.

Kawasan klang ni memang banyak kedai mamak.Ada yang buka 24 jam,ada yang sampai pukul 2 pagi.Sepupu Sarah semua nak pergi kedai mamak yang satu ni.Memang ramai orang.Meja dekat luar semua penuh..jadi kami terpaksa la duduk dalam kedai.

Meja kami duduk,betul-betul dekat dengan tempat buat roti canai.Bau roti canai pun dah buat tekak Sarah ni telan air liur.Lepas dah order,kami pun tunggu la pesanan sampai.

Sepupu-sepupu Sarah sibuk cerita tentang drama 7 Ramadhan dekat tv3.Sarah dengar-dengar je..mata Sarah seronok tengok perkerja dia tebar roti.perghhhh....berpusing-pusing..mata sarah pun berpusing! 

Tiba-tiba Sarah ternampak dua makhluk berekor merangkak beriringan dekat kaca di atas periuk kuah roti canai.Dan 'plup' terus jatuh dalam periuk.Yang seekor lagi masih kaku dekat situ.Sarah dah cuak gila!

Sarah : weh,cicak masuk dalam periuk tu!
Sepupu 1 : mana? mana?
Sepupu 2 : ish ko ni merepek ah.
Sarah : adoi betol la.aku nampak.tu ada sekor lagi..ait dah tak da...



Ada seorang pekerja lain, datang cedok kuah nak letak dalam mangkuk.Sarah terus bangun pergi dekat pekerja tu.

Sarah : nanti!
Sepupu-sepupu Sarah semua dah melopong.Meja sebelah kami pun tengok dengan terkejut beruk!hahhaha.. yela Sarah cakap dengan kuat.

Sarah bisik pelan-pelan dekat pekerja mamak tu.

Sarah : saya nampak cicak jatuh dalam.
Pekerja : ha?cicak?mana ada adik.ayooo saya tak nampak pun.(sambil kacau-kacau kuah)

Tiba-tiba cicak tu lompat dari dalam kuah! Hidup lagi..Pekerja tu dah terbeliak mata dah.Terus dia senduk dalam mangkuk bawa terus ke belakang kedai.Sarah tak tahu ada orang lain nampak ke tak.Pekerja tu datang balik dan angkat periuk ke belakang kedai.

Sepupu-sepupu Sarah semua dah bangun.Semua dah tak ada selera.Kami berjalan balik ke rumah Sarah.Semua diam.hahahhaha..Tak tahu la pekerja dia tu dah tukar dengan kuah lain atau guna yang tu jugak.Yela,dah nampak kami takda.ish! tak baik perasangka buruk kat orang

Sampai di rumah,Ibu tengah siapkan makanan nak bersahur..Sedapnya bau asam pedas Ibu masak..

Ibu: eh awal balik.Sedap ke roti canai mamak korang tu?
Sarah: Bu...nasi de lagi ak?makan kat rumah je la
Sepupu 1 : Mak ngah masak lagi sedap la mak ngah..
Sepupu 2: betol-betol :)
puih!

7 comments:

ras'yatul shop said...

erk..nsb baik...tp dlu kwn abg sy.. mkn cendol.. msuk dlm mulut, die rse kenyal..die pelik, apesal lain macam je cendol ni..ble die kluarkan, tgk2..cicak..adui, kecian btul.. lps 2 tobat xnk mkn cendol dh..

ManusiaLidi said...

hahahah sangat ngerii

GaDiSsEnGeT ツ said...

pakcik saye lg best.. time tngah makan
maggi tibe2 cicak jatuh dari atas..
tapi, dia makan jugak.. macam takde ape..
yg anak dia da blah da..
katenye.. masok sikit je.. eeuuuwww..

ManusiaLidi said...

heheheh bole ek..

Awie Omar said...

INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Terima kasih sebab sudi sertai game B3:BR. Game ni kena ada 16 peserta. Anda adalah peserta keenam yang menyertainya. Kena tunggu 10 peserta lagi sebelum game ini bermula. Aku akan selalu mengunjungi blog ini untuk umumkan perkara selanjutnya.

nadia farhana said...

erkk..nasib xmerasa hehe

ManusiaLidi said...

memang takkan lar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...