Blog guna samsung galaxy tab ok ke?

Assalamualaikum
Sarah dah guna samsung galaxy tab 2(10.1) ni dah dekat sebulan lebih...Baru hari ni Sarah guna untuk blog.Sebelum ni Sarah memang guna laptop,tapi sejak kena keluar selalu Sarah terpaksa beli tab...sebab senang sikit nak bawak.Sarah guna tab ni sebab hal kerja je.

Kalau nak update blog guna tab,rasanya ada perbezaan sikit la dari laptop.Apa yang perlu tahu ialah:
1.Lebih senang update blog menggunakan aplikasi "bloggeroid" daripada compose guna browser internet.
2.Mungkin agak leceh guna touch screen dari keybord.Sarah taip sekarang guna dua belah tangan bajet macam keybord laptop.laju je.hheheh
3.Kalau nak set2 gambar pun mungkin leceh sikit(untuk sesetengah orang).Sarah selalu edit,kecilkan saiz gambar baru la masukkan dalam blog.Jangan risau banyak aplikasi untuk edit gambar..kena rajin sikit la.
4.Nak warnakan tulisan pun Sarah tak tahu lagi..tapi tak menjadi masalah besar kot.


Sarah tak rasa nak guna tab untuk update blog selalu,sebab rasa banyak yang tak complete.Kalau kat luar rumah,pergi jalan-jalan ke,baru tab jadi pilihan.
Nak buat entry yang tak panjang dan yang biasa-biasa bolehlah guna tab.Apa pun memang berbaloi beli tab ni..boleh buat kerja kat mana-mana je...bubye

posted from Bloggeroid

2 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

bergantung pada jenis org gak.. saya tak pernah try lg blogging guna tablet pc ni.. :) [singgah blog ni pulak]

AkuBiomed said...

Ada yang mengemas kini blog mengunakan tablet untuk tujuan live blog. Selepas itu edit dengan laptop untuk set SEO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...