Kenapa Sarah tak da atok dan nenek

Assalamualaikum


Banyak blog cerita tentang cuiti raya haji.Ramai yang balik kampung.Jumpa sedara,atok nenek.Tiba-tiba Sarah rasa sedih sangat sebab Sarah takda atok,nenek.Secara realitinya mesti la ada,kalau tak mana datang ibu ayah Sarah kan,tapi tok,wan sebelah ibu dengan ayah..meninggal sebelom Sarah lahir lagi.Ibu Sarah masa umur belasan tahun,dia dibesarkan oleh keluarga angkat..jadi Sarah ada tok dan wan angkat.

Sarah ni kira cucu angkat je la.Diorang ada ramai anak.Cucu diorang pun ramai..jadi selama Sarah hidup,Sarah tak pernah ingat diorang pernah pegang rambut Sarah ke,tangan ke,bahu ke..Sarah selalu di beza-bezakan dengan cucu diorang yang lain.Kalau masa kecil dulu,masa raya semua adik beradik berkumpul dekat rumah tok..makcik-makcik Sarah selalu bezakan dengan anak diorang.Sarah sedih sangat..kenapa Sarah ni macam tak wujud.Kenapa cucu diorang yang lain di layan tak sama macam Sarah.Bila Sarah dah besar,baru Sarah tau,Ibu Sarah anak angkat je.Takpelah,Sarah tak kisah

Diorang hanya nak peduli hal Sarah kalau nampak Sarah ada buat kesalahan je.Bukannya diorang marah sebab buat benda tak betul,tapi diorang guna masa tu untuk kutuk,pandang serong..lepas tu diorang akan bezakan dengan anak diorang yang 'baik' tu.Bila tiba anak diorang pulak buat hal,tak da sape pun bercakap..makcik-makcik yang lain pun diam.
Sejak kecil lagi sarah rasa Sarah ada rasa dendam dekat hati ni.Dendam Sarah ni bukannya apa sangat,Sarah cuma tak mau bercampur dengan diorang lagi..Lebih baik Sarah buat hal sendiri.Sarah takmau ada kaitan dengan diorang.Sumpah,tok dan wan tak pernah sayangkan Sarah pun.Dari kecil pun Sarah dah tak pernah harap diorang pegang tangan Sarah ke,cakap sayang ke,usap kepala ke...memang takkan dapat.Sarah faham...Sarah bukan cucu kandung.

Hari ini dan sebelum ini pun..perasaan dendam tu dah lama hilang..Kadang-kadang rasa bersalah sebab pernah ada perasaan macam tu..Macam mana pun diorang,Ibu Sarah pernah tinggal dengan diorang,pernah di jaga sampai dewasa.

Tak pe lah..Sarah takda kasih sayang nenek atau atok..tapi Sarah ada kasih sayang Ibu ayah. :) Kasih sayang diorang dah cukup untuk Sarah.

nota lidi:kalau lah tok dan wan sebelah ayah ada lagi..


1 comment:

cheeze maz said...

Salam ziarah & kenal.

Sabar ya. Tapi adik perlu bersyukur kerana masih ada kedua ibubapa. Ramai diluar sana yg menjadi anak yatim (ibu @ bapa meninggal) atau jadi yatim piatu (kedua - dua ibubapa telah meninggal)

Jemput menyertai GA Cheeze Maz di http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html. Berpeluang mendapat serbuk cheese.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...